Tuesday, December 11

Gabriel Fairuz Louis: Album "Genggam Jariku" Terbaik 2012!

Gabriel Fairuz Louis: Album "Genggam Jariku"
Gabriel Fairuz Louis merupakan artis iban yang mempunyai keunikannya tersendiri, sebalik memiliki vocal yang mantap serta olahan lirik lagu beliau telah di angkat menjadi salah satu artis baru iban yang kian meningkat.  Hasilnya beliau telah memenangi 3 kategori dalam Anugerah Muzik Dayak 2012 iaitu Artis Baru Terbaik, Artis Lelaki Terbaik, dan Album Terbaik yang telah dianjur oleh DAMA dan ini adalah peryertaan pertama beliau.

Album "Genggam Jariku" cover
So kalo korang belum memiliki album "Genggam Jariku" dari Gabriel Fairuz Louis jom dapatkan Sekarang!; beli yang ORIGINAL ok. Ni list-list lagu yang terdapat dalam album beliau:
  1. Pechaya
  2. Genggam Jariku
  3. Enda Mudah
  4. Asai Berserara
  5. Ku tetap Nganti feat. Daniel Frederick Sut
  6. Danji Teguh 
  7. Give It All 
  8. The Promise
Gabriel Fairuz Louis
Apa kata Gabriel Fairuz Louis mengenai album beliau: Album "Genggam Jariku"

Album Gabriel Fairuz Louis “Genggam Jariku” menyenaraikan 8 buah lagu termasuk 2 buah lagu Inggeris. Untuk penggemar muzik revolusi Iban, album GFL mengetengah genre pop R & B & Balada. Kelebihan album ini adalah dari segi produksinya. Gabriel Fairuz Louis menggunakan khidmat pemuzik luar dari United Kingdom, Chris Servey (CMP) dalam semua susunan muzik. Tambahan, videoklip untuk lagu “Pechaya” memakan kos perbelanjaan yang agak tinggi dan kualiti nya amatlah berbeza daripada videoklip Iban yang sedia ada.

Lagu “Genggam Jariku” menampakkan betapa muzik Iban mampu diiringi dengan muzik orkestra dan lagu ini merupakan lagu Iban pertama yang dihasilkan sedemikian rupa. Selain itu, selari dengan arus teknologi, lagu reggae Iban Gabriel Fairuz Louis “Enda Mudah” turut mendapat sentuhan saxophonist dari United Kingdom, di mana elemen “saxophone” tersebut telah dihasilkan dan dirakamkan di United Kingdom.

Album “Genggam Jariku” keluaran Panggau Buluh Pengerindu (PBP) memaparkan kreativiti Gabriel Fairuz Louis sebagai seorang komposer dimana kesemua lagu di dalam album ini adalah 100% ciptaan beliau. Untuk lagu ‘The Promise” dan “Ku Tetap Nganti” lirik nya ditulis oleh dua rakan baik beliau iaitu Ronney B & Frederick Sut. Album ini keseluruhannya menceritakan perjuangan Gabriel Fairuz Louis dalam memperjuangkan revolusi muzik Iban dan penghasilan album ini membuktikan betapa lagu Iban boleh berdiri setaraf dengan muzik-muzik di luar sana. Lagu “Pechaya” sebenarnya menceritakan kisah benar jatuh bangun Gabriel Fairuz Louis dalam perjuangan muzik revolusi beliau. Dapatkan album Gabriel Fairuz Louis “Genggam Jariku” di pasaran dengan harga RM19.90.

Sumber: Gabriel Fairuz Louis FB

Jom layan video salah satu lagu single beliau "Pechaya" album Genggam Jariku:


Korang bolehla lawati Fb pages & YouTube channel Gabriel Fairuz Louis untuk mengetahui aktiviti atau event beliau serta berita terkini  dan nyanyian live dari beliau.

Official Fb pages: Gabriel Fairuz Louis
Official YouTube Channel: Gabriel Fairuz Louis

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy