Tuesday, August 27

Hevance Band (Independent Iban rock band)


Hari ni aku nak ketengahkan satu band independent yang kian meningkat populariti di kalangan anak muda terutamanya di Sarawak ini. Hevance band, adalah satu nama besar untuk iban indie band yang gah dipesada muzik iban masa kini, di mana mereka mambawa Fusion Modern Pop/Rock sebagai genre dan lirik serta lagu dialek iban.

Biography Hevance band

Hevance band merupakan Independent Iban rock band dari Bintulu, Sarawak. Ditubuhkan pada tahun 2001, band ini mulanya begerak secara underground dan bertapak secara terus ke mainstream melalui lagu hits single pertama Hevance "Semampai Ngenang" sebagai noktah pemulaan karier diaorang pada tahun 2008.

Single lagu iban ke-2 "Aku Nemu" yang merupakan album studio mini mereka atau EP bertajuk "Sada Ati" pada tahun 2010 telah meningkatkan populariti mereka secara mendadak. Lagu ini "Aku Nemu" mengungguli carta di kebanyakan stesen radio tempatan di Sarawak yang kemudiannya telah dicalonkan untuk 3 kategori dalam Anugerah Carta Borneo ERA 2010/11 anjuran ERA FM.

Sebagai satu-satunya Iban band yang dicalonkan dalam Anugerah Carta Borneo ERA 2010/11, HEVANCE band telah memecah sempadan muzik Iban tempatan untuk diterima dalam Malay Award.

Pada tahun berikutnya lagu "Aku Nemu" dinobatkan BEST SONG dalam semua pertandingan artis Iban yang dikenali sebagai Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 2011/12 yang dianjurkan oleh stesen radio tempatan di Sarawak CATS FM

"Satu prestasi bertenaga Hevance digambarkan muzik modern serta revolusi dalam konsep muzik mereka, yang menyebabkan hakim-hakim untuk meletakkan mereka di atas senarai."

Misi Hevance band adalah untuk mewujudkan revolusi dan membawa muzik Iban tempatan ke tahap yang lebih tinggi melalui percubaan dan exprimentasi genre muzik baru dalam industri muzik Iban yang tidak pernah dicuba sebelum ini.


Hevance band members:

Aldrich - Vocal/ Guitar
Joners - Lead Guitar
Lucas - Bass Guitar
Nathaniel - Keyboard
Gideon - Drums

Pengiktirafan / Pencapaian Hevance band:

- Best Song 'Aku Nemu' - AJARR 5,2012
- Best Song 'Aku Nemu' - Dayak Music Awards (DAMA) 2012
- 'Media Sosial Paling Kaw' - Era Borneo Charts Award 2012
- Best Rock Act/Group - Voice International Music Awards (VIMA) Awards 2013
- Most Popular Song 'Bajik' - AJARR 6, 2013

Lawati portal Fb pages Hevance band dan jangan lupa "Like" sekali ->http://www.facebook.com/hevanceband

Korang boleh streaming lagu Hevance band playlist di sini.


About Author:

Bujang Simanggang blogger Sarawak, beblog adalah sekadar hobi ku dan segala nukilan ku menyelitkan info. muzik semasa di Sarawak yang mempunyai pelbagai etnik serta pelbagai nukilan.Jom layan dan harap korang ENJOY - aram lalu ba ruai aku duduk berimbai au..nya iya bulih-Capuh Yuuu...Tok Bok Ya!

Join aku: @ Blog | Google+

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy