Tuesday, October 29

Clemence Joy's Akan Kembali Dengan Album Terbaru


Penyanyi iban sensasi dengan lagu hits terdahulunya 'Entara Dua' iaitu Clemence Joy's akan kembali ke persada muzik dayak/iban kita tidak lama lagi dengan album terbaru beliau.

Mengenai album terbaru Clemence Joy's; difahamkan beliau sedang dalam pembikinan muzik video, kita berharap ia berjalan lancar kerana banyak peminat-peminat beliau mungkin tertanya-tanya perkembangan beliau sekarang ini.

Bagi peminat-peminat yang rindu  dan ingin tahu perkembangan Clemence Joy's; korang boleh lawati official fb pages beliau: https://www.facebook.com/pages/Clemence-Joys-Official-Fan-Club/717657088251078

Tarikh sebenarnya pelancaran album Clemence Joy's yang akan datang belum dapat kita pastikan, kemungkinan di dalam tahun ini 2013 ataupun 2014. Di harap para peminat Clemence Joy's bersabar terlebih dahulu.

Di sini saya kongsikan gambar pembikinan video muzik album akan datang Clemence Joy's, di mana beliau sedang beraksi dengan Sport Car Audi R8-V10 dalam muzik video untuk salah satu single terbaru beliau.


Nantikan kedatangan album terbaru Clemence Joy's.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy