Friday, November 1

Taju Remaong Band Dan Album Ke-2 'Matak Kayau'


'Ngagai ribut bepuput lemai hari, padah ka salam rindu ku ke ia, ngagai bintang bekelip dilangit tinggi, kirum meh pengerindu ku ke ia'; so sapa tahu si-empunya lirik lagu iban ini?. Yang aku pasti korang mesti tahu la, tajuk lagu tersebut ialah "Enda Sanggup" yang dibawa oleh vocalis Taju Remaong iaitu Ery Lang.

Salah satu lagi lagu hits Taju Remaong yang pernah menduduki carta tertinggi di dalam carta lagu iban terutamanya di stesen-stesen tempatan Sarawak iaitu 'Kumang Ati Ku'.

Apa kata kita kenali dulu band 'Taju Remaong' yang membawa genre rock di persada muzik iban kita, dengan konsep baru didalam genre lagu iban Taju Remaong telah membuktikan melalui lagu 'Kumang Ati Ku' dan 'Enda Sanggup'.

'Taju Remaong' ditubuhkan pada tahun 2003 di Kapit, Sarawak yang diangotai oleh enam (6) bands member iaitu

01. Richard Juntan 'Uchaq' >> Gitaris pertama
02. Francis Alven 'Alven' >> Gitaris ke-2
03. Maxwell 'Well' >> Bass
04. Ronnie Unggang 'Onie' >> Keyboard
05. Wilfred John Mujang >> Drummer
06. Ery Lang >> Vokalis

Kemunculan band Taju Remaong didalam Industri Muzik Dayak/ Iban telah membawa tuah tersendiri untuk band ini, di mana pada 2012 band Taju Remaong telah dinobat sebagai Band Terbaik (Best group) di Anugerah Muzik Dayak 2012 (DAMA) dan di Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR 6) 2013 anjuran Cats FM, vokalis utama Taju Remaong 'Ery Lang' telah diangkat sebagai Vokal Terbaik secara keseluruhannya.


Album pertama Taju Remaoang iaitu "Taju Remaong' sebagai nama album mereka yang mengandungi lima (5) lagu iaitu Kumang Ati Ku, Remaong Pulai Betangkas, Enda Sanggup, Belala dan Pegi; keluaran Jelai Music Production (JMP).

Dengar cerita, Taju Remaong akan kembali dengan album ke-2 mereka dan dijangkakan akan berada dipasaran pada tahun ini 2013. Album ke-2 Taju Remaong diberi nama "Matak Kayau" dan lagu hits dari album tersebut iaitu "Sanggup Nganti" akan menjadi sandaran buat band Taju Remaong. So kita terpaksa tunggu dulu untuk album ke-2 yang akan datang dari Taju Remaong "Matak Kayau" terlebih dahulu.

1 comments:

  1. Aku bisi ngembuan album 'matak kayau'..chukup puas ati.semua 6 iti lagu nya mnh,ari segi tusun music nggau lekalaku mnh didinga,kitai ka nguji belagu pen 'enjoy'..Taju Remaong best!!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy