Friday, March 21

Hairee Francis - Dulu Kau Pernah Ku Miliki Single

Hairee Francis; Siapa tidak kenal penyanyi berbakat dari Sarawak ini kan, kini beliau kembali dengan single terbaru. Dulu Kau Pernah Ku Miliki merupakan single lagu Melayu Hairee Francis yang telah berada di laman YouTube channel beliau dalam tempoh sebulan ini.

Dan kini lagu Dulu Kau Pernah Ku Miliki dari Hairee Francis kini  bertapak di tangga ke-10 di Cats Prebiu sekarang dan korang bolehlah vote lagu beliau dengan melawati ke laman utama - link  >>Cats Prebiu<<.


***Photo credit to Hairee Francis.

Sedikit kata-kata Hairee Francis yang dipetik laman YouTube beliau mengenai lagu Dulu Kau Pernah Ku Miliki:
Hye there! This is my new single "Dulu Kau Pernah Ku Miliki". Everything was recorded in my home studio. Hope you guys enjoy it! :) don't forget to click the thumbs up button,and share it to your friends and family! :) everything was recorded in my home studio.
Bagi aku; Hairee Francis berani mencuba kelainan dalam single beliau 'Dulu Kau Pernah Ku Miliki'dan sikap ini patut kita puji agar artis iban Sarawak kita dapat menarik perhatian diluar sana dengan menengahkan lagu yang tidal tipikal tapi mempunyai kualiti yang tinggi. So thumb-up untuk Hairee Francis.

Aku tak nak lengahkan masa, dengan itu aku rekomen korang dengarkanlah lagu single terbaru Hairee Francis - Dulu Kau Pernah Ku Miliki dan aku selitkan lirik sekali untuk korang berkeraoke bersama.

Video: Dulu Kau Pernah Ku Miliki - Hairee Francis



Produce/label : Francis Five Production
Mixing and mastering : Hairee Francis
Composer : Hairee Francis

Lirik: Dulu Kau Pernah Ku Miliki - Hairee Francis

Dulu kau pernah ku miliki
Dan kini kau pergi

Biar ku saja yang menyimpan segala kenangan kita

Cukup sudah ku di khianati
Kau pergilah bersama dengannya
Tinggalkanlah aku
Ku tahu ku bukan lah yang terbaik bagi mu

Biarkan aku merindu
Tetapi ku takkan kembali pada mu

Dulu kau pernah ku miliki
Dan kini kau pergi

Biar ku saja yang menyimpan segala kenangan kita

Cukup sudah ku di khianati
Kau pergilah bersama dengannya
Tinggalkanlah aku
Ku tahu ku bukan lah yang terbaik bagi mu

Biarkan aku merindu
Tetapi ku takkan kembali pada mu

Ku takkan kembali
Tinggalkanlah aku
Ku tahu ku bukan lah yang terbaik bagi mu

Biarkan aku merindu
Tetapi ku takkan kembali pada mu
Ku takkan kembali pada mu
ku takkan kembali pada mu

Ku takkan, ku takkan kembali pada mu

***Info: Untuk mengetahui perkembangan terbaru beliau serta aktiviti-aktivit beliau, lawati laman rasmi beliau:

Facebook : https://www.facebook.com/hairee.ii
Twitter : https://twitter.com/HaireeFrancis
Instagram : http://instagram.com/hairee_francis

p/s: +Single Dulu Kau Pernah Ku Miliki - Hairee Francis+ memang terbaik, apa kata korang vote beliau di Cats Prebiu sekarang, aku dah korang?

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy