Monday, September 15

Kenali Kunatak Band Dan Single 'Kemarau Pengerindu'

Kenali Kunatak Band 'Kemarau Pengerindu'

Hari ini aku kongsikan salah satu band yang mendapat perhatian Seruran Pemerindang; band yang aku perkatakan itu adalah KUNATAK band. Bagi aku nama band 'Kunatak' agak unik sekali kerana ia lain dari yang lain dan membuat aku teruja nak kongsikan sedikit informasi mengenai band ini.

Kenali Kunatak Band

Profile untuk Kunatak Band ini di ambil dari laman sosial mereka, so kredit untuk Kunatak band.

Kunatak Band mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2008. Pada bulan september band ini telah menyertai pertandingan Battle of the band yang dianjurkan oleh KPSU Kapit dan mendapat tempat ke-3. Pada tahun 2010 kami telah menyertai beberapa pertandingan 'Battle Of The Band' di Kapit dan telah mendapat tempat ke-2 sebanyak 2 kali dan tempat ke-3 sebanyak 2 kali.

Kunatak Band juga bergiat aktif dalam menjayakan beberapa aktiviti seperti makan malam gawai dayak 2012,sebagai band iringan wakil rakyat ke rumah panjang,majlis kahwin dan sebagai.

Kunatak Band di anggotai oleh Frankie Sipang sebagai pemain gitar utama yang merupakan ketua kumpulan, Rina Nyelau dan Alexander Phillip sebagai vokalis, Alexander Jeram sebagai pemain keyboard, dan Tonny Sinau sebagai pemain drum. Pemain bass terdahulu ialah Freddy Sinau dan kini kami menggunakan khidmat pemain bass pinjaman. Diantara pemain bass yang pernah menyertai Kunatak Band ialah Alexander Andrew yang telah menganggotai Enserami,Veyniz Ugih dari Earth Quake Band dan Ibek.

Pembikinan single pertama Kunatak band 'Kemarau Pengerindu' masih dalam proses dan berkemungkinan akan dimulakan pada hujung tahun 2012 ini.  Kunatak band berkonsepkan muzik Indi,Alternatif Rock dan Rock ballad.

Apa kata kita dengar terlebih dahulu single pertama Kunatak band yang diberi nama 'Kemarau Pengerindu' sebagai penterjemahan telinga korang besertakan liriknya sekali.

Video audio: Kemarau Pengerindu - Kunatak Band



Lirik Lagu: Kunatak Band - Kemarau Pengerindu

Aus ati ku
Kemarau pengerindu
Lama ku nganti ujan memesi

Iga nuan dara
Bejera ku bakatu
Nyera seteguk pengerindu
O...o...o...o..

[*]
Malam nyau berasai panjai
Atiku nadai ke bukai
Ingat ke nuan...oh ambai

[**]
Siang enda berasai lemai
Runding nadai ke bukai
Nganti maya ka begulai...

Aku berasai asa
Suah nganti lama
Pintu ati nuan enda tebuka
O...o...

Sari suntuk bemua hari
Remang nyau bebali
Ujan nyau enda nyadi...

Repeat: [*][**]
Repeat: [*][**]

Bagi yang ingin mendapat perkhidmatan serta mengetahui sebalik tabir Kunatak Band; sila berhubung dengan mereka melalui laman sosial  rasmi Kunatak Band. Klik disini >> https://www.facebook.com/kumpulan.kunatak

P/S: Harap anda pendengar setia lagu iban serta Seruran Pemerindang mendapat info-info mengenai +Kunatak Band dengan single pertama mereka iaitu 'Kemarau Pengerindu'+. Jangan lupa sokonglah Industri Muzik Dayak/ Iban kita.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy