Saturday, September 6

Nantikan Album Terbaru LUCY M 'Merap Bulan'

Album LUCY M 'Merap Bulan'

pic. kredit: iNews58

Setelah mencapai kejayaan untuk album sebelumnya 'Kelalu Laun', kini LUCY M akan datang lagi untuk mendendangkan para peminat-peminat beliau serta pendengar setia lagu iban kita dengan album terbaru Lucy M yang diberi tajuk 'Merap Bulan' ataupun di bahasakan sebagai memeluk bulan.

Untuk album 'Merap Bulan' kali ini akan menengahkan muka baru dalam penulisan lirik-lirik lagu iaitu Lucas Ting terutamanya untuk lagu 'Merap Bulan', di samping itu juga Ganing Asan juga menyumbangkan beberapa lirik lagu untuk album ini. Dan dengar cerita juga Lucy M tampil dengan lirik beliau tersendiri, so kalau korang nak dengar lagu hasil beliau untuk album 'Merap Bulan' nantikan kemuculan album ini nanti.

Album Lucy M yang akan datang ini juga masih bernaung di bawah Syarikat Irama yang berpengkalan di Sibu, Sarawak serta Projam Music Studio dalam pembikinan video dan muzik arrangement. Untuk kali ini album 'Merap Bulan' mengandungi sebelas (11) track lagu, dimana satu lagu duet 'Sulu Kedeka Ati' dan satu lagu dalam Bahasa Melayu merupakan bonus track dalam album ini.

So korang nak tahu tajuk-tajuk lagu untuk album Lucy M 'Merap Bulan'; jom kita lihat track-list yang aku paparkan di bawah tu.

01. Merap bulan
02. Salah pilih
03. oh! My baby
04. Redak seribu
05. Enti sayau
06. Nuan ninggal ke aku
07. Baka duri selikap tikai
08. Sulu kedeka ati - duet
09. Majak diburu majak nutu
10. Pengerindu nuann enggau aku
11. kalau cinta- bonus track ( malay song)

Tentu korang tak sabar untuk mendapatkan album 'Merap Bulan' dari Lucy M tu setelah melihat track-list yang aku senaraikan. Untuk pengetahuan korang album ini masih dalam pembikinan video klip serta music arrangement, so kita perlu tunggu lagi.

p/s:  +Nantikan Album Terbaru LUCY M 'Merap Bulan'+ yang akan datang tidak lama lagi, jangan lupa stay tuned di 'Seruran Pemerindang' untuk mendapat informasi-informasi terbaru yang mendatang.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy