Friday, October 31

Irene Wong Dan Album 'Beduan'

Irene Wong Dan Album 'Beduan'

Pernah korang dengar 'Music Is No Boundaries'? Ini telah dibuktikan oleh Irene Wong iaitu seorang gadis cina bahawa muzik iban bukan sekadar boleh di nyanyikan oleh bangsa tertentu tapi muzik adalah untuk semua. Ini di katakan Satu Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan muzik juga menyatukan kita.

Irene Wong merupakan artis baru dipersada muzik dayak/ iban di bawah naungan Julin Sound Production (JSP) Julin Sound Production mempertaruhkan album 'Beduan' iaitu album pertama Irene Wong sebagai tanda aras untuk membutikan bakat nyanyian beliau.

Album 'Beduan' mengandungi sebelas (11) lagu iban, lagu sperti 'Beduan' dan 'Aku Indu Cina' merupakan lagu hits; kedua-dua lagu kini kian trending di dalam YouTube dan boleh di dengar di corong radio kita Sarawak.

Cover Album Irene Wong 'Beduan'

Lagu-lagu yang terdapat di dalam album 'Beduan' Irene Wong ialah:

01. Beduan
02. Aku Indu Cina
03. Tusah Ka Ngira
05. Awak Jera Awak Telungkup
06. Ukai
07. Anang Salah Adan
08. Joget Sayau Sayau
09. Sulu Sigat Udah Lari
10. Anang Ngemasau Umur
11. Anang Cemburu Buta

Sebelum itu apa kata kita layan dulu full video preview untuk dua lagu dari album 'Beduan' iaitu 'Aku Indu Cina' dan 'Beduan'. Cuma klik play all untuk mendengar lagu tersebut dan apa kata korang mengenai kemunculan pertama Irene Wong di persada muzik kita.



P/S: Di harap korang terhibur dengan playlist single dari +Album 'Beduan' Irene Wong+ dan jangan lupa sokonglah perlibatan Irene Wong di persada muzik dayak/ iban dengan membeli album beliau yang ORIGINAL yang ada di pasaran sekarang ini. Tahniah untuk Irene Wong dan Julin Sound Production untuk album pertama 'Beduan' Irene Wong.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy