Friday, July 15

Album Ke-2 Taju Remaong ‘Matak Kayau’

Album Ke-2 Taju Remaong ‘Matak Kayau’ 2016

Setelah album ‘Kumang Ati’ mendapat sambutan; Taju Remaong kini kembali dengan album kedua yang di beri nama ‘Matak Kayau’ iaitu pergi beperang (nurun beperang).

Dalam tempoh 5 tahun, para peminat Taju Remaong menanti dan kini album ‘Matak Kayau’ menjadi pengubat rindu para pendengar lagu iban.

Album Matak Kayau menampil empat komposer untuk menjayakan album ini; mereka ialah Maxwell, Ery, Alvin dan Nash;  manakala Jelai Music merupakan penaung Taju Remaong untuk kali ke-2.

Album Taju Remaong ‘Matak Kayau’ menyenaraikan tujuh lagu iaitu;


01. Sanggup Nganti
02. Sejengkal Enggai Jauh
03. Pengerindu Enda Bebagi
04. Enda Pulai Agi
05. 10 Jari
06. Nadai Pengujung
07. Matak Kayau

Untuk pengetahuan korang, lagu Pengerindu Enda Bebagi - Taju Remaong kini menduduki tangga ke-9 di carta Lagu Tebilang CATS untuk minggu ke-28; mari vote mereka di https://www.catsfm.my/charts/view/1/lagu-tebilang-cats.

Apa kata kita layan di antara lagu-lagu di album Taju Remaong ‘Matak Kayau’ playlist yang aku sediakan bagi mengembalikan nostalgia anda bersama Taju Remaong seketika dulu.

Playlist: Album Ke-2 Taju Remaong ‘Matak Kayau’

***Perhatian: Segala lagu-lagu dari album Taju Remaong ‘Matak Kayau’ yang di share di playlist ini adalah promo sahaja dan ada setengahnya di ambil di YouTube.

So saya tidak bertanggungjawab jika sesetengah lagu-lagu dari album tersebut akan di lupuskan.



Bagi korang yang ingin mengetahui info-info semasa Taju Remaong serta mengenai album mereka ‘Matak Kayau’, jom lawati mereka di official Fb Pages mereka https://www.facebook.com/Taju-Remaong-107256299335487/.

Akhir kata; dapatkan cd/dvd Album Ke-2 Taju Remaong ‘Matak Kayau’ ini sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy