Monday, September 30

Juara StarQuest (DAMA) 2013 "Jesper Nimoi"


Pencarian bakat StarQuest 2013 yang dianjur oleh Dayak Artistes and Musicians Association (DAMA) telah pun berakhir, iaitu "Jesper Nimoi" telah di tabalkan sebagai Juara StarQuest (DAMA) 2013 pada hari sabtu yang lalu.

Juri-juri profesional yang dijemput untuk mengadili persembahan finalis StarQuest (DAMA) 2013 adalah Ajai,Stephen Adam dan Senah Ukong.

Keputusan akhir StarQuest (DAMA) 2013:

Juara StarQuest (DAMA) 2013:
Jesper Nimoi membawa pulang RM3, 000 dan trofi serta sijil dengan mebawa lagu single "Pulai". Beliau juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik dengan mendapat ganjaran RM500.Sebagai juara, dia ("Jesper Nimoi") juga akan merekodkan album di bawah mana-mana syarikat rakaman yang berdaftar dengan Dama.

Tempat kedua StarQuest (DAMA) 2013:
Morris Thomas yang yang membawa lagu "Lebu"; Morris membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2, 000, trofi dan sijil.

Tempat Ketiga StarQuest (DAMA) 2013:
Isbel Valarie Coron dengan lagu "Pengingat Lama" yang membawa pulang RM1, 000, trofi dan sijil.

Alexander anak Chelum, memenangi Anugerah Finalis StarQuest (DAMA) 2013 Paling Popular yang membawa pulang RM500.

Semua finalis StarQuest (DAMA) 2013 di tempat keempat hingga ke kesepuluh menrima sijil dan hadiah wang tunai sagu hati RM300 setiap sorang.

Tahniah untuk  Juara StarQuest (DAMA) 2013 "Jesper Nimoi" dan buat finalis yang korang memang ada bakat tersendiri.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy