Sunday, October 27

Official Video Album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' Leak Di YouTube


Perhatian untuk Rickie Andrewson dan ANP Music Production bahawanya Official Video Album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson'  telah pun leak @ di upload di laman YouTube. Aku sekadar untuk berkongsi info. setelah secara tidak sengaja terserempak dengan official video beliau.

Album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' baru sahaja dipasarkan pada minggu yang lepas dan sekarang ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan official muzik video untuk setiap singles lagu beliau di YouTube.

Untuk pengetahuan korang, minggu lepas Rickie Andrewson telah mengeluarkan artikel beliau sendiri mengenai album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' agar tidak di-upload dimana-mana laman sosial terutamanya di YouTube ataupun Daily Motion.

Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk menghindar dari album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' di cetak rompak oleh lanun-lanun CD/VCD. Jika didapati meng-upload official muzik video beliau berkata akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tersebut dan beliau 'Rickie Andrewson'  juga menisihati sesiapa yang telah upload agar membuang video tersebut serta merta @ secepat mungkin.

Korang boleh baca artikel beliau yang aku telah post sebelum ini di >>SINI<<.

Buat Rickie Andrewson dan ANP Music Production, ini adalah antara official muzik video yang ada di laman YouTube sekarang iaitu lagu "Enda Besemaya Ngambi Nuan, Beri Pemutus Ati Nuan, Sanggup Nyadi Ke Ambai Lalai, Tua Enda Setipak, Ambi Aku Nyadi Ke Ganti dan Pengerindu Sgi Tiga".

Video: Enda Besemaya Ngambi Nuan 'Rickie Andrewson'



Video: Beri Pemutus Ati Nuan 'Rickie Andrewson'



Video: Sanggup Nyadi Ke Ambai Lalai 'Rickie Andrewson'



Video: Tua Enda Setipak 'Rickie Andrewson'



Video: Ambi Aku Nyadi Ke Ganti 'Rickie Andrewson'



Video: Pengerindu Sgi Tiga 'Rickie Andrewson'



Untuk mertabatkan Industri Muzik Dayak/Iban, kita haruslah bersama membeli Album ORIGINAL dan memboikot cetak rompak yang sedia ada dipasaran. Jangan lupa dapatkan album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson'  yang ORIGINAL sahaja.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy