Home » VIMA Music Awards » Music Iban Tercalon Di VIMA (Malaysia) Music Awards 2014
Sunday, December 8
Music Iban Tercalon Di VIMA (Malaysia) Music Awards 2014
Berita baik aku nak sampaikan buat orang-orang Sarawak; di mana VIMA Music Awards 2014 akan kembali lagi dan lebih gempak lagi. VIMA (Malaysia) Music Awards 2014 kali ini akan tampil dengan muka baru dan lama dari band-band tempatan dan artis-artis iban kita Sarawak. Who A We, We Are Sarawakian.
Percalonan VIMA (Malaysia) Music Awards 2014 kali ini menunjukan bakat artis dan band iban yang membawa dialek iban sebagai elemen utama dalam lirik dan lagu membuktikan bahawa muzik iban kian dikenali. Ini dibuktikan oleh band Hevance sebelum ini di VIMA 2013 yang telah memenangi kategori Best Indie Rock Group. Dan kini Melissa Francis, Hairee and Angels, Masterpiece dan sekali lagi Hevance tercalon dalam Senarai Percalonan Akhir VIMA (Malaysia) Music Awards 2014.
Jom kita tengok senarai percalonan akhir VIMA Malaysia 2014:
***Ini senarai percalonan aku pendekan cause nak highlight percalonan artis dan band Sarawak kita je.
BEST ROCK SONG
Melissa Francis – Perening
Hairee and Angels – Agi Idup Agi Ngelaban
Depha Masterpiece – Kumang Seari
Hevance – Belama
BEST POP SONG
Hevance – Bajik
Untuk senarai penuh percalonan akhir VIMA Malaysia 2014, korang boleh lawati link ini: >>VIMA MALAYSIA 2014 Final Nominees List Announced!<<.
Pemenang VIMA Malaysia akan bertarung dengan pemenang VIMA INDIA dan VIMA Asia Tenggara pada peringkat akhir VIMA Asia. VIMA Music Awards akan diadakan di Platinum Lifestyle Club pada awal Mac 2014 dan Platinum Lifestyle Club juga penaja utama VIMA 2014.
Pengundian untuk VIMA Malaysia akan dibuka dari 10-30 Disember 2013.
Untuk info. lain korang boleh la lawati link ini: FB Pages Rasmi VIMA : www.facebook.com/VimaMusicAwards.
p/s: Aku nak korang sokong Melissa Francis, Hairee and Angels, Masterpiece dan Hevance yang tercalon untuk Percalonan Akhir VIMA (Malaysia) Music Awards 2014. Dengan cara ini Industri Muzik Dayak/Iban kita akan setanding dengan muzik luar. Tok Bok Ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment