Tuesday, March 11

Di Sebalik Filem Pendek Cinta Choki-Choki Hasil Karya Chryan Christopher

Untuk mengecapi kejayaan tidaklah semudah itu tetapi dengan semangat menempuh segala dugaan serta sokongan segalanya dapat di atasi dengan mudah, bak kata pepatah 'Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu', begitulah aku dapat ibaratkan hasil karya beliau (CHRYAN CHRISTOPHER) untuk filem pendek CINTA CHOKI-CHOKI.

Filem pendek Cinta Choki-Choki semakin trending dan views nya semakin meningkat di laman YouTube dari Palinglah Production, korang ada tengok tak? kalau belum tu aku dah sediakan sekali disini.


So sapa disebalik tabir Cinta Choki-Choki ni, beliau adalah Chryan Christopher (nama panel) selaku Pengarah serta penerbit filem pendek tersebut dan yang paling aku bangakan ialah beliau merupakan anak iban SARAWAK. Beliau pernah berkata kat aku tentang pembikinan filem Cinta Choki-Choki tersebut adalah untuk membuktikan kita bangsa Iban, Sarawak dapat melangkah seiring dengan orang Semenanjung jika berani mengambil kesempatan yang sedia ada.

Kata-kata Chryan Christopher:
Anak iban.. ulih buktikan agai urg semanjung yg kitai iban pan mampu ngaga projek bakanya, laban mimit amat anak iban ke berani expose kediri ba pgawa baka nya. Desire aku, ka meda kitai anak iban pan ulih setanding n enda tinggal pemangsang baka anak bangsa bukai,Kira ke pia meh juluk ati ku nya bro...nya aku come out with movie cinta choki2 nya..

enggau nasib meh nya..enggau azam enggai alah laban bansa bukai deh.. nya meh bendar ka mencipta nama kediri empu, atas usaha diri empu.
Serba sedikit tentang Chryan Christopher:


Beliau (Chryan Christopher) telah menamat pembelajaran dalam jurusan Diploma In Multimedia (Perfileman) di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) dan sedang melanjutkan pembelajaran beliau dalam bidang Degree In Design Advertising di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak untuk tempoh dua (2) tahun lagi. So kita doakan kejayaan beliau OK.

Dalam tempoh terdekat Chryan telah menghasil dua filem pendek iaitu filem pendek pertama beliau bertajuk KELALU LAUN (merupakan filem parody) dan seterusnya adalah filem pendek  iaitu CINTA CHOKI-CHOKI yang diterbitkan dibawah produksi beliau, Palinglah Production.

Atas hasil penat lelah, kualiti kerja serta trending filem pendek beliau di YouTube, Chryan mendapat kepercayaan dari artis Iban 'Clemence Joys' menjadi selaku pengarah video klip untuk album terbaru Clemence Joys (Entara Menua); 100% video klip untuk album tersebut adalah hasil kerja Chryan.
untuk clement Joys nya...nya ia offers aku ngaga video klip untk album baru ia ti deka datai tok ila bro...nya pan sida ia nemu aku dari you tube gak..sida bisi meda kerja2 video2 ke bisi digaga aku ba youtube..lalu company ia, berminat ka ngambi aku nyadi pengarah video klip sekaligus edit untuk lagu2 ba album baru ia...nya pan syukur meh bro.. laban Tuhan meri jalai deh.
Untuk menonton hasil kerja beliau untuk album terbaru Clemence Joys 'Entara Menua' korang lawati lin yang aku bagi ni. >>Clemence Joys (Entara Menua) Music Video<<

Ok, bebalik dengan filem pendek Cinta Choki-Choki pula, aku lampirkan sinopsis filem tersebut untuk membuka kata bagi korang yang dah atau belum menonton Cinta Choki-Choki.

Sinopsis Cinta Choki-Choki


Mengisahkan Harry (Addyson Maring) yang mengalami dilema bersama teman wanitanya Anna (Sherry Dunstan).untuk mengetahui sejauhmana perasaan cinta Anna kepada Harry, Harry telah mengatur strategi untuk membuat Anna cemburu iaitu dengan menyuruh Hazel (Samantha Jata Robin) menjadi teman wanitanya sementara. Misi mereka akhirnya berjaya dan Anna merasa cemburu bilamana Harry mendekati wanita lain. Tetapi dalam masa yang sama, Harry juga mendapati Anna mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Harry. Hal itu membuatkan hubungan mereka retak. Dan Harry menyedari perasaan cintanya berputik pada Hazel sahabatnya yang selalu disampingnya dalam apapun keadaan. Dan Harry Berjanji setia kepada Hazel,menerima Hazel seadanya dan berharap perjalanan percintaan mereka kekal ibarat Rasa coklat Choki-Choki yang sentiasa manis dari dulu sehingga kini.

Pengarah: CHRYAN CHRISTOPHER
Pelakon utama: Addyson Maring (Harry), Sherry Dunstan (Anna), Samantha Jata Robin (Hazel)
Sarikata filem (Bahasa Inggeris): JM
Official Soundtrack: Kekal Bersama (AORORA band)

Jom Tonton 'Cinta Choki-Choki'



Kronologi Menarik Tentang Filem Pendek CINTA CHOKI-CHOKI:
***Kredit: Chryan Christopher - (Atas dasar hormat, aku tak nak ubah apa-apa kisah perjalanan pembikinan filem itu, so kredit goes to Chryan)


- Saya (CHRYAN CHRISTOPHER) mendapat ilham untuk jalan cerita ini ketika saya sedang mandi... selesai ja mandi, terus saya buka laptop dan tulis kembali ilham itu. Skrip Cinta Choki-Choki telah disiapkan seawal bulan Julai 2013.

- Bila skrip dah siap, saya belum meletakkan Tajuk untuk cerita ini... Saya mendapat idea untuk tajuk untuk cerita ini adalah pada sambutan Hari jadi saya pada 19 November 2013, dimana seseorang telah menghadiahkan saya sebatang Choki-choki...! Lalu, elemen menarik yang saya observe tentang choki-choki adalah, Choki-Choki ini adalah coklat yang memang saya mahupun sesiapa sahaja meminatinya sejak dari kecil lagi. Choki-choki ini telah ada ketika saya masih kecil lagi dan sehinggalah saya dewasa, Keadaan rupa bentuk choki-choki ini tetap sama ja!. Dari segi desgin,logo yang digunakan,serta rasa choki-choki itu sendiri tak pernah berubah.- Jadi saya kait kan choki-choki ini dengan ihlam saya tadi. Dimana Si hero mahukan cintanya berkelalan. So, saya ambil ciri-ciri pada Choki-choki itu sendiri, yang mana,design,rasa coklatnya, dan dlm berbanyak produk coklat yang lahir selepas choki-choki, Choki-choki masih kekal relevan dan bertahan dari zaman kita kanak sehinggalah dewasa sekarang, so, bgitu juga dalam perjalanan percintaan, Kesetiaan serta kemanisan dalam percintaan itu penting walau disekeliling kita banyak betul dugaan lain yang bisa mengugat kesetiaan kita pada pasangan kita. Maka dari isu itulah, saya meletakkan nama untuk cerita saya ini, dengan tajuk 'Cinta Choki-Choki'.

- Pemilihan pelakon - Addyson Maring pernah berkerjasama dalam filem pendek 'kelalu laun'- melihat kepada sambutan baik untuk lakonan dia di filem Kelalu laun. Maka dia sekali lagi dibagi kontrak untuk memainkan peranan sebagai watak Harry dalam 'Cinta Choki-Choki'. Pelakon Heroin sebenar untuk movie ini telah menarik diri disaat-saat akhir atas sebab2 tertentu, saya kemudian memberikan kepercayaan kepada Samantha Jata untuk memainkan peranan watak Hazel. ini dalah pegalaman pertama dia. so,semasa sesi Uji bakat, sejujurnya, samantha masih kaku dan kemudian diberi tunjuk ajar oleh saya dan Sherry. Dan hasilnya, Sangat memuaskan! begitu juga dengan pelakon-pelakon tambahan yang lain. Mereka sangat memberikan kerjasama yang terbaik.

- Menjalankan pengambaran pertama untuk filem ini adalah pada 9 Januari 2014 dan tamat pengambaran pada 28 Januari 2014.

- Filem pendek ini telah menjalankan Pra-tonton dikalangan pelajar-pelajar UPSI pada 30 Januari 2014 di Auditorium, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,PERAK dengan kerjasama daripada MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SABAH&SARAWAK dan JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI,UPSI.

- Filem ini menjalani beberapa fasa untuk proses suntingan. Salah satu babak dalam filem ini mengambil masa selama 12 Jam untuk proses Editing.

- Atas sebab cuaca, untuk babak pergaduhan antara Harry dan Max pengambaranya telah ditunda ke hari lain.

- Kedua-dua buah Kamera yang digunakan untuk sepanjang pengambaran Filem ini adalah Kamera baru dan ''Cinta Choki-Choki" adalah hasil pertama dari kedua-dua buah kamera tersebut.


- Saya mendapat Komen negatif untuk filem ini, Komen yang seakan-akan mahu menjatuhkan saya. Namun Saya kuatkan juga semangat untuk melangkah tanpa mempedulikan kata-kata negatif tersebut.

- Sebuah Kumpulan Band yang sedang meningkat naik di Sarawak, telah memberi tawaran untuk mengunakan lagu mereka untuk dijadikan sountrack Filem ini.

- Sebuah lagi Lagu Sountrack untuk filem ini berjudul '' I LOVE YOU,I NEED YOU' dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh salah seorang Pelakon didalam Filem ini (Richard Antaim), beliau juga adalah Pelajar Akhir Diploma Muzik, dari UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

- ''The Making Of' untuk filem ini telah disiarkan di YouTube pada 11 Januari 2014 dan terus mendapat perhatian semua pihak serta Official Trailer untuk filem ini telah dikeluarkan pada 22 Januari 2014.

- Filem ini menjalani beberapa fasa untuk proses suntingan. Salah satu babak dalam filem ini mengambil masa selama 12 Jam untuk proses Editing.

- Intro baru ''Palinglah Production'' telah dilancarkan pada 30 Januari 2014 dan Filem Cinta Choki-choki adalah yang pertama mengunakan Intro ''palinglah Production'' yang baru tersebut.

- Filem ini mengunakan khidmat seseorang yang hanya dikenali dengan nama panel 'JM' untuk membuat translate sarikata filem ini ke Bahasa Inggeris.

- Kasut tinggi yang digunakan oleh salah seorang penari untuk babak tarian terputus ketika menarikan salah satu step tarian.

- Mawatie (pelakon watak Lucy dalam filem pendek Kelalu laun) Muncul sekali lagi sebagai penari untuk Filem ini.

Info: Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapat servis pembikinan video klip lagu, Majlis Perkhawinan atau ingin memberi tajaan bolehlah hubungi beliau melalui:-

No hp: 0135767650 (Chryan Christopher)
Email: Mychriz_q@yahoo.com.my
Fb: https://www.facebook.com/CHRYANCHRISTOPHER
YouTube Channel: Palinglah Production- http://www.youtube.com/channel/UCbJlRRFnC9yUHk1aJS2oAtQ

p/s: Congrats ke atas bakat muda kita Chryan Christopher dengan hasil karya beliau dengan usaha serta berani mengambil peluang maka terhasillah sebuah karya Cinta Choki-Choki dan serta penglibatan beliau dalam menghasil video dari album baru Clemence Joy's. Teruskan sokongan anda semua bagi membakar semamgat bakat muda supaya tidak terbuang begitu sahaja. Ketahui +Di Sebalik Filem Pendek Cinta Choki-Choki Hasil Karya Chryan Christopher+ untuk mendalami bakat beliau.

1 comments:

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy