Saturday, March 22

Kenali DESCENDANT Band Dan EP Janji Ke Penudi

Mari kita kenali salah satu band tempatan di Sibu, Sarawak iaitu DESCENDANT yang di angotai oleh 5 anak muda dan membawa genre Power Metal dan Hard Rock . Mula nya aku tak tahu mengenai band Descendant band ni, yang membuat aku ingin tahu mengenai band ini adalah melalui EP single mereka 'JANJI KE PENUDI' yang kian trending di channel YouTube mereka.


Apa kata kita kenali lebih lagi mengenai DESCENDANT Band ini terlebih dahulu aku nak beri kredit dulu kepada Descendant band kerana memberi info-info band mereka. Thanks bro.

Descendant band profile:

Descendant band ditubuhkan pada tahun 2005 yang pada asalnya dinamakan sebagai The Chambers. Line-up pertama barisan band pada ketika itu adalah Gilz (Lead Vokal), Benz (Lead Guitar), Wilz (Rhythm Guitar), Jeffz (Bass Guitar), dan Bryanz (Gendang).

Menjelang Disember 2010 band ini telah ditukar namanya kepada Illusion sejak penyatuan semula ahli-ahli band sekain lama tidak aktif untuk beberapa tahun kerana sebab-sebab yang tertentu. Di mana Gilz telah mengambil keputusan untuk meninggalkan band ini.

Pada Ogos 2013 apabila Meo (salah seorang bekas pemain drum untuk band tempatan) telah mengambil keputusan untuk menyertai Descendant band. Band ini telah disusun semula di mana Bryanz beralih kepada membawa vokal dan sekali lagi kembali dengan line-up member baru dan pada ketika itu juga nama band itu di kenali sabagai DESCENDANT Band.

Descendant band line-up sekarang:

01. Bryanz - Lead Vocals, Songwriter
02. Benz - Lead Guitar, Composer
03. Wilz - Rhythm Guitar
04. Jeffz - Bass Guitar, Backing Vocals
05. Meo - Drums

Janji Ke Penudi merupakan salah satu lagu yang menarik pendengaran aku dan membuat aku nak exposed band ini di dalam artikel terbaru ini. Aku tak nak la nak komen banyak-banyak mengenai EP  Janji Ke Penudi kerana bagi aku lagu mereka memang terbaik dan perlu di ketengahkan lagi supaya dapat bertapak kukuh di persada muzik iban serta band-band Sarawak kita ini. Jom kita rawwwk bersama Descendat band dengan ep mereka 'Janji Ke Penudi'; raw version.

Video: Janji Ke Penudi - Descendant



Lirik: Janji Ke Penudi - Descendant
***bagi yang nak tahu lirik lagu Janji Ke Penudi - Descendant ini aku minta maaf kerana buat masa ini belum tersedia lagi di blog ini, kalau ada nanti aku info. untuk korang ok.

Bagi yang nak contact mereka bolehlah lawati official facebook mereka:
Descendant Fb pages - https://www.facebook.com/pages/DESCENDANT/667575383303050

p/s: Aku dah +Kenali DESCENDANT Band Dan EP Janji Ke Penudi+ korang dah ke? Kalau belum tu apa tunggu lagi dan kalau dah kenal mari sokong mereka OK.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy