Home » Jom Layann » INFO: Edisi Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014
Thursday, July 3
INFO: Edisi Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014
Anugerah Muzik Dayak (AMD) edisi ke 2014 kembali lagi, acara itu akan diadakan pada 20 Disember di Stadium Perpaduan Stadium Perpaduan (Stadium Tertutup) di Petra Jaya; seperti yang kita ketahui acara ini di anjur oleh Dayak Artistes and Musicians Association (DAMA) bagi martabatkan muzik Dayak Dayak.
Dayak Artistes and Musicians Association (DAMA) akan menengahkan tiga anugerah terbaru untuk di rebut pada Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 iaitu Anugerah Sepanjang Zaman, Anugerah Khas untuk Artis serta Pemuzik DAMA dan Anugerah Independent Artis dalam 20 anugerah yang dipertandingkan.
Program Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 untuk edisi keempat telah dilancarkan pada minggu yang lepas oleh Ketua dan Pengerusi DAMA di Summer Shopping Mall, Kota Samarahan pada minggu lalu. Di mana artis seperti Loudness Empire, Laila BJ, Jezffer, Eisner Nala, Fiedarus Udin, Leezwita, Bryan Rundi, Aorora, Sullivan, Melissa Francis dan Depha Masterpiece telah hadir bersama untuk menghiburkan para peminat serta pengemar lagu iban dan merupakan satu titik awal road show AMD 2014.
Pencalonan untuk Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 akan buka pada 1 Julai dan akan ditutup pada jam 5.00 petang pada 31 Oktober. Borang pencalonan juga boleh diperolehi daripada Setiausaha Kerja Dama Rachel Simai Edward di Ibu Pejabat Dama, pada Sublot 7, Tingkat 3, Blok 11, Tabuan Stutong Commercial Centre (Tel no. 082-368739) atau memuat turun di laman rasmi DAMA www.dama.my
p/s: Siapakah yang akan memenangi anugerah yang akan dipertandingkan untuk + Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 + pada tahun ini. Jom kita tunggu dan lihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment