Home » Shamrock » ShamRock Dengan Album Single Pertama 'Bedau Bisi Pengujung'
Friday, October 31
ShamRock Dengan Album Single Pertama 'Bedau Bisi Pengujung'
Sebelum ini tentu korang pernah dengar single lagu iban ini 'Kumang Remaya' di corong radio kan? Empunya lagu tersebut ialah ShamRock yang kini telah datang ke persada muzik dayak/ iban kita dengan album single pertama beliau yang di beri nama 'Bedau Bisi Pengujung'.
Album 'Bedau Bisi Pengujung' mengandungi lima (5) lagu dan berkonsep pop rock dan komposer oleh Shamrock sendiri, di samping itu juga mendapat sentuhan daripada Oja untuk gubahan muzik. Untuk album 'Bedau Bisi Pengujung' ShamRock produksi yang bertanggungjawab dalam pembikinan video ini adalah Dhdr Entertaimentdan dan Guntur Recodrs Sdn Bhd sebagai pengeluar.
Memang tidak disangkal lagi, lagu iban kita kian ber-evolusi bukan di Sarawak sahaja malahan kian menarik minat golongan artis tempatan di Semenanjung. Dengan kedatangan album 'Bedau Bisi Pengujung' dari ShamRock yang kini berada pasaran bolehlah meramaikan lagi serta merancakkan industri muzik kita.
Jom kita lihat lagu-lagu yang terdapat di dalam album 'Bedau Bisi Pengujung' ShamRock:
01. Bedau Bisi Pengujung
02. Kumang Remaya
03. Anang Terlucut
04. Tinggal Meh Aku
05. Semampai Nyebut Nama Nuan
Dengar kata, album 'Bedau Bisi Pengujung' ShamRock di pertandingkan dalam Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 yang akan datang pada December 2014. Bagi pemonat-peminat ShamRock korang bolehlah vote beliau untuk AMD 2014 kali ini. Kita tunggu dan lihat.
Aku tak nak coloteh bebanyak lagi; apa kata korang tonton sendiri official video setiap lagu-lagu dalam album 'Bedau Bisi Pengujung' ShamRock. Jom klik all untuk layan lagu tersebut.
P/S: Memang terbaik dari ShamRock dan jangan lupa dapatkan album 'Bedau Bisi Pengujung' dipasaran sekarang dan pastikan pembelian anda adalah yang ORIGINAL sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment