Palinglah Production kembali dengan nukilan filem pendek yang baru bertajuk EVANLINA, hasil tangan pengarah muda berbakat kita iaitu Chryan Christopher dan Willey Nyawai.
Konsep filem pendek 'Evanlina' berlainan dengan filem sebelumnya iaitu 'Cinta Choki-Choki'. Apa yang belainan di maksudkan itu dalam cerita filem pendek yang berdurasi 30 minit lebih ini, mari kita selongkar sinopsis jalan cerita filem pendek ini 'Evanlina'.
Sinopsis: Filem Pendek 'EVANLINA'
Filem pendek ini mengisahkan Selina (ANGELA LANG) seorang gadis Iban dari sarawak yang pergi untuk menunaikan hasrat ibunya, untuk membawa abangnya,douglas Jawan (WILLEY NYAWAI) kembali ke kampung halaman mereka,setelah abangnya itu sekian lama pergi meninggalkan mereka tanpa mengirim khabar berita.
Di dalam misi untuk mencari dan membawa kembali abangnya, Selina berhadapan dengan pelbagai dugaan. Dia menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang begitu asing baginya. Namun disitu juga dia menemui cinta bersama dengan seorang jejaka dari sabah, iaitu Evan (ALFINO ALBERT).
Perkenalan dia dengan EVANS telah membawa kepada perasaan cinta antara mereka. Namun Selina harus menjalankan hasrat ibunya iaitu dengan membawa pulang abangnya. Apa yang berlaku. Selina hilang kedua-dua peluang itu dialam cerita ini. Dia tidak berupaya untuk membawa kembali abangnya ke pangkuan keluarga mereka.
Seterusnya cinta antara dia dan Evans juga terlepas begitu sahaja kerana Selina harus pulang semula ke kampung asalnya setelah tidak berjaya membawa abangnya balik. Disini Selina begitu taat kepada orang tuanya. sehingga dia sanggup melepaskan cinta yang telah berputik dihatinya. Ikuti kisah selanjutnya untuk filem pendek EVANLINA disini.
Aku tak nak celoteh bebanyak lagi, apa kata kita tonton sendiri filem pendek 'Evanlina' terlebih dahulu.
Pengarah: Chryan Christopher & Willey Nyawai
Terbitan: Palinglah Production
Laman FB Pages: https://www.facebook.com/palinglahproduction
Editing: Chryan Christopher
Cerita asal: Chryan Christopher
Olahan Skrip: Willey Nyawai
Penasihat: Madam Patricia Ganing
Tarikh siaran: 31 Oktober 2014
Pelakon: Angela Lang (Selina), Douglas Jawan (Willey Nyawai), Alfino Albert (Evan) dan pelakon pembantu yang lain.
Untuk pengetahuan korang lagu soundtracks atau lagu tema untuk filem 'Evenlina' merupakan lagu hits kita sekarang ini iaitu lagu 'Pengerindu Nadai Penyangkai' dari Loudness Empire' dan 'Keran Ka Nuan' dari Bryan Rundi bagi memeriahkan lagi suasana filem tersebut.
Mari kita kenali Pelakon dan Krew Filem Pendek 'EVANLINA'
Puan Patricia Ganing (penasihat projek) - Pensyarah bahasa iban di UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)
Chryan Christopher (Pengarah/) - pemegang ijazah sarjana muda dari UPSI, berbangsa iban, pernah memenangi tempat pertama peraduan video pendek anjuran SPRM negeri PERAK, memang meminati bidang perfilemean sejak dari bangku sekolah, setakat ini sudah pun menghasilkan video klip untuk album penyanyi iban popular, CLEMENCE JOYS dan juga video klip lagu untuk kumpulan AORORA BAND.
Willey Nyawai (pengarah 2) - Pemegang ijazah sarjana pendidikan seni dari UPSI,
Angela Lang (watak Selina) - penuntut ijazah sarjana muzik di UPSI, merupakan adik kepada penyanyi iban DONNY LANG dan juga ERY LANG
Alfino Albert (watak evans) - penuntut ijazah sarjana muda di UPSI, berbangsa dusun, berasal dari Sabah
Pesanan Chryan (pengasas Palinglah Production)
Palinglah production kini bergerak aktf untuk mengeluarkan karya-karya yang memperjuangkan bahan-bahan cerita dalam bahasa iban dan suku kaum sabah.
Oleh itu saya juga amat berharap mana-mana pertubuhan, persatuan, dan juga orang perseorangan yang ingin memberikan kami tajaan dari segi apapun juga... kami sangat memerlukan sokongan dari pihak-pihak berkenanan untuk kami bisa menghasilkan karya yang lebih bermutu dan mengangkat bahan dalam bahasa iban mahupun suku kaum dari sabah ke mata masyarakat.
Oleh yang demikian, sesiapa yang bermurah hati bolehlah berhubung dengan saya sendiri di talian 0135767650. sekian terima kasih
P/S: Korang dah tonton filem pendek 'EvanLina', jika belum apa korang tunggu lagi. Banyak tauladan yang kita dapat melalui filem pendek 'EvanLina' seperti ketaatan kepada orang tua kita ,soal jodoh, cinta yang sentiasa ada suka dan duka yang perlu ditempohi. Jom tonton filem pendek 'EvanLina'.
0 comments:
Post a Comment