Friday, December 12

INFO: MP3 Album Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" ?

MP3 Album Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" ?

Artikel kali ini aku tuju khas untuk OCH Sound Production (OCHSP) mengenai mp3 album Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" sedang belegar di ruangan laman download lagu iban.

Seingat aku baru beberapa bulan sahaja album Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" berada di pasaran dan kini kita boleh mendapati mp3 penuh lagu iban di carian internet sekarang.

Sebelum ini aku pernah terserempak official video klip lagu iban 'Bunyau - Eisner Nala' di YouTube tapi telah di buang kerana mendapat amaran dari OCH Sound Production (OCHSP). Dan kini kita boleh dapatkan mp3 penuh album Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" di slah satu laman wordpress.com.

Aku tak tahu adakah mp3 yang di sediakan di laman tersebut mendapat kebenaran dari pihak OCH Sound Production atau tidak.

Di antara mp3 album lagu iban Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" itu adalah seperti Keling Pesaka Ati, Puni Taju Pengerindu, Ai Bekelala Pengantin, Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula, Enggai Ditinggal Sulu Pegi, Selipar Jepun, Sebentuk Tinchin dan Bunyau.

Di sini aku bukan nak komplain ataupun suka-suka nak bagitau, tapi kali ini tujuan aku sekadar memberi informasi sahaja.

Ini adalah laman yang aku maksudkan itu: [https://downloadlaguiban.wordpress.com].

P/S: Buat OCH Sound Production; bolehlah tak jual MP3 Album Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" di iTunes? seperti album Rannee Pat tu. Cause kalau ada mp3 album Eisner Nala "Keling Pesaka Ati" di iTunes atau spotify ia akan memudahkan para peminat yang inginkan mp3 lagu tersebut. Sekadar berkongsi pendapat sahaja, jangan marah. 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy