Hai...dan apa khabar buat geng-geng yang sedang melepak di sesawang aku iaitu Seruran Pemerindang. Seperti title artikel aku kali ini "Enserami Band...? Kenal Tak?" cuma gimik semata-mata.
Kalau Enserami Band memang aku familiar cause mereka ini merupakan sebuah band yang kini mula mengorak langkah ke pesada muzik dayak (iban) kita. Semua sumber mengenai Enserami band ini aku dapat di laman official fb pages mereka dan gambar diatas tu juga dari mereka; so kredit untuk mereka. Aku di sini sekadar menghebahkan kewujudan mereka...hehe..
Kenali Enserami Band
Beginilah cerita nya; Enserami band merupakan sebuah band yang lebih ke arah genre Pop Fusion dan Modern Rock terutamanya melalui lagu iban yang di bawa mereka. Dan mereka ini terdiri daripada enam (6) anak muda yang mempunyai jiwa muzik tersendiri dan dari itulah mereka membentuk sebuah ban yang di beri nama 'Enserami' band.Jom kita ikuti al-kisah Enserami band mula terbentuk.
Semuanya bermula apabila Eddie Kuwing melihat bakat duo ini, beliau ingin merealisasikan potensi Huruhara dan Kulu Kili (KULUHARA) yang ada untuk satu pembikinan dan pengubahan album baru atas permintaan beliau sendiri. Dengan tanggungjawab yang telah di beri oleh Eddie Kuwing; duo kemudian berkumpul dengan ahli-ahli lama, Jan dan Trabelshuter, untuk membentuk sebuah band untuk turut serta menghasilkan album tersebut.
Melihat trend semasa band sebagai faktor utama kejayaan dalam industri muzik iban, Eddie Kuwing bersetuju untuk melepaskan album beliau untuk band itu, Enserami band. Untuk mengagahkan lagi band Enserami, Donny Edward telah melengkapkan band ini.
Selepas beberapa kali sesi jem, mereka akhirnya menemui chemistry serta rentak mereka ingini melalui gaya masing-masing. Sejak itu, mereka telah bekerja keras untuk album.
Selepas menyiapkan trek "Kesulai Malam" yang menampilkan Eddie Kuwing, Enserami band membawa masuk seorang vokalis baru, Jay Merom yang kini telah menjadi vokalis tetap.
Enserami Band Line-Up
01. Jay Merom (Vocals)02. Donny Edward (1st Guitar, backing vocals)
03. Hurahara (2nd Guitar, backing vocals)
04. Kulu Kili (Bass, backing vocals)
05. Jan (Keys, Pads)
06. Edwin Lai (Drums, Percussions)
Enserami EP's Single
01. Anang Guai02. Selalu
03. Bepansa
04. Mimpi
Seperti yang korang lihat, itulah di antara single lagu Enserami band yang ada ketika ini, so kalau nak full list coming album Enserami band tu kita kena tunggu ok. Apa kata kita tengok ke-4 lagu yang di senaraikan diatas tu disini. (Klik untuk play - lagu single untuk previews).
P/S: Nampaknya itu saja perkongsian mengenai Enserami Band untuk kali ini, so jangan lupa sama-samalah kita menyokong kedatangan mereka di dalam muzik dayak (iban) kita. Untuk mengenal serta ingin tahu berita atau aktiviti Enserami band korang boleh lah lawati laman official fb pages mereka di sini. > https://www.facebook.com/pages/Enserami
0 comments:
Post a Comment