Tuesday, November 5

Malam Gala Sempena Ulang Tahun Ke-3 M.O STUDIO SARAWAK


Banga betul aku tengok usahawan jati Sarawak yang kian mendapat nama di kalangan artis tempatan Sarawak dan kini di Semenajung pula.

M.O Studio dimiliki oleh dua usahawan muda iaitu Mizta dan Otine dan jenama M.O Studio merupakan gabungan nama mereka.  M.O Studio berkecimpung dalam dunia glamor fashion terutamanya menegahkan kain Pua Kumbu Iban sebagai medium utama serta sentuhan reka cipta moden menjadikan Pua Kumbu sebagai baju yang bermutu tinggi mengikut edaran masa.

Buktinya hasil pakaian moden Pua Kumbu kini menjadi sambutan dikalangan artis kita dan menjdai tetamu jemputan disalah satu program TV iaitu Safiyah Tv9 ( fesyen Muslimah)


Selain itu; M.O Studio & Couture  merupakan salah satu jenama yang sama, menyediakan perkhidmatan deco serta pelamin perkahwinan, wedding makeup, evening dresses dan photography mengikut citarasa pelanggan..So kalau korang berminat untuk mendapat perkhidmatan M.O Studio & Couture boleh la hubungi mereka untuk keterangan lebih lanjut serta tempahan di:-

01. Call sms whatsapp Mizta 0128700374/ Otine 0128864544
02. Layari official fb fan pages >>M.O Studio [KLIK]<<
03. Lawati blog M.O Studio >>www.miztaotine.blogspot.com<< memaparkan hasil kerja mereka.

So kita kembali dengan cerita asal kita sekarang, M.O Studio akan mengadakan 'Malam Gala Sempena Ulang Tahun Ke-3' yang akan di adakan di tempat mereka sendiri  iaitu Jalan Song, Kuching pada 22.02.2014 nanti. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Malam Gala M.O Studio korang boleh la lawati official fb pages atau call yang telah disediakan sebelum ini.


Jangan ketinggalan untuk datang ke 'Malam Gala Sempena Ulang Tahun Ke-3 M.O STUDIO SARAWAK' itu nanti kerana korang akan dihiburkan dengan penampilan istimewa dari artis-artis tempatan kita seperti The Crew, Rannee Pat, Diana Ant Belikau, Lucy M, Gabriel Fairuz Louis dan Leez Zwita. Dan juga saksikan mereka secara live di 'Walk The Red Carpet" dengan keterampilan mereka mengayakan produk-produk M.O STUDIO SARAWAK.

Sebelum aku akhiri, aku nak ucapakan CONGRATS terutamanya M.O STUDIO SARAWAK yang mana mereka telah membuka mata orang luar bahawa produk kita dari Sarawak terutamanya 'Pua Kumbu' mempunyai keunikannya tersendiri dan membuktikan kita sentiasa melangkah seiring dengan pereka yang lain dan mungkin lebih lagi. Teruskan usahakan anda dan Kita 'Sarawak'.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy