Palinglah Production kembali dengan nukilan filem pendek yang baru bertajuk EVANLINA, hasil tangan pengarah muda berbakat kita iaitu Chryan Christopher dan Willey Nyawai.
Konsep filem pendek 'Evanlina' berlainan dengan filem sebelumnya iaitu 'Cinta Choki-Choki'. Apa yang belainan di maksudkan itu dalam cerita filem pendek yang berdurasi 30 minit lebih ini, mari kita selongkar sinopsis jalan cerita filem pendek ini 'Evanlina'.
Sinopsis: Filem Pendek 'EVANLINA'
Filem pendek ini mengisahkan Selina (ANGELA LANG) seorang gadis Iban dari sarawak yang pergi untuk menunaikan hasrat ibunya, untuk membawa abangnya,douglas Jawan (WILLEY NYAWAI) kembali ke kampung halaman mereka,setelah abangnya itu sekian lama pergi meninggalkan mereka tanpa mengirim khabar berita.
Di dalam misi untuk mencari dan membawa kembali abangnya, Selina berhadapan dengan pelbagai dugaan. Dia menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang begitu asing baginya. Namun disitu juga dia menemui cinta bersama dengan seorang jejaka dari sabah, iaitu Evan (ALFINO ALBERT).
Perkenalan dia dengan EVANS telah membawa kepada perasaan cinta antara mereka. Namun Selina harus menjalankan hasrat ibunya iaitu dengan membawa pulang abangnya. Apa yang berlaku. Selina hilang kedua-dua peluang itu dialam cerita ini. Dia tidak berupaya untuk membawa kembali abangnya ke pangkuan keluarga mereka.
Seterusnya cinta antara dia dan Evans juga terlepas begitu sahaja kerana Selina harus pulang semula ke kampung asalnya setelah tidak berjaya membawa abangnya balik. Disini Selina begitu taat kepada orang tuanya. sehingga dia sanggup melepaskan cinta yang telah berputik dihatinya. Ikuti kisah selanjutnya untuk filem pendek EVANLINA disini.
Aku tak nak celoteh bebanyak lagi, apa kata kita tonton sendiri filem pendek 'Evanlina' terlebih dahulu.
Pengarah: Chryan Christopher & Willey Nyawai
Terbitan: Palinglah Production
Laman FB Pages: https://www.facebook.com/palinglahproduction
Editing: Chryan Christopher
Cerita asal: Chryan Christopher
Olahan Skrip: Willey Nyawai
Penasihat: Madam Patricia Ganing
Tarikh siaran: 31 Oktober 2014
Pelakon: Angela Lang (Selina), Douglas Jawan (Willey Nyawai), Alfino Albert (Evan) dan pelakon pembantu yang lain.
Untuk pengetahuan korang lagu soundtracks atau lagu tema untuk filem 'Evenlina' merupakan lagu hits kita sekarang ini iaitu lagu 'Pengerindu Nadai Penyangkai' dari Loudness Empire' dan 'Keran Ka Nuan' dari Bryan Rundi bagi memeriahkan lagi suasana filem tersebut.
Mari kita kenali Pelakon dan Krew Filem Pendek 'EVANLINA'
Puan Patricia Ganing (penasihat projek) - Pensyarah bahasa iban di UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)
Chryan Christopher (Pengarah/) - pemegang ijazah sarjana muda dari UPSI, berbangsa iban, pernah memenangi tempat pertama peraduan video pendek anjuran SPRM negeri PERAK, memang meminati bidang perfilemean sejak dari bangku sekolah, setakat ini sudah pun menghasilkan video klip untuk album penyanyi iban popular, CLEMENCE JOYS dan juga video klip lagu untuk kumpulan AORORA BAND.
Willey Nyawai (pengarah 2) - Pemegang ijazah sarjana pendidikan seni dari UPSI,
Angela Lang (watak Selina) - penuntut ijazah sarjana muzik di UPSI, merupakan adik kepada penyanyi iban DONNY LANG dan juga ERY LANG
Alfino Albert (watak evans) - penuntut ijazah sarjana muda di UPSI, berbangsa dusun, berasal dari Sabah
Pesanan Chryan (pengasas Palinglah Production)
Palinglah production kini bergerak aktf untuk mengeluarkan karya-karya yang memperjuangkan bahan-bahan cerita dalam bahasa iban dan suku kaum sabah.
Oleh itu saya juga amat berharap mana-mana pertubuhan, persatuan, dan juga orang perseorangan yang ingin memberikan kami tajaan dari segi apapun juga... kami sangat memerlukan sokongan dari pihak-pihak berkenanan untuk kami bisa menghasilkan karya yang lebih bermutu dan mengangkat bahan dalam bahasa iban mahupun suku kaum dari sabah ke mata masyarakat.
Oleh yang demikian, sesiapa yang bermurah hati bolehlah berhubung dengan saya sendiri di talian 0135767650. sekian terima kasih
P/S: Korang dah tonton filem pendek 'EvanLina', jika belum apa korang tunggu lagi. Banyak tauladan yang kita dapat melalui filem pendek 'EvanLina' seperti ketaatan kepada orang tua kita ,soal jodoh, cinta yang sentiasa ada suka dan duka yang perlu ditempohi. Jom tonton filem pendek 'EvanLina'.
Apa khabar buat folower Seruran Pemerindang, aku harap semua korang dalam keadaan baik-baik saja. Hari ini; aku nak inform korang bahawa seruran Pemerindang telah pun migrate ke domian yang baru.
Di mana sebelum ini domain blog aku ini asalnya mempunyai url (seruranpemerindang.blogspot.com), kali ini aku dah bertekad untuk bertapak di tanah sendiri (domain) kerana aku dah penat dah melepak di laman orang.
So dengan rasminya October 04, 2014 Seruran Pemerindang mempunyai wajah baru dan brand baru. Seruran Pemerindang kini bole di kenali dengan domain url terbaru iaitu Seruran Pemerindang Dot Com (http://www.seruranpemerindang.com).
Tak sia-sia juga keringat serta judgement aku untuk berpindah ke domain sendiri. Buat sesiapa yang ingin belajar untuk memiliki domain serta alamat url sendiri; aku akn cerita dengan korang bagaimana langkah-langkah migrasi url blogspot atau pun wordpress dot com ke domain COM dan sebagainya.
Bagi peminat serta pendengar lagu iban sudah tentu mengenali Norman Ading yang merupakan ahli band independence yang pernah membawa revolusi muzik iban 'Ethnic Transmission (ET)', dan beliau merupakan selaku bassist kumpulan tersebut.
Tapi hari ini aku bukan nak menceritakan pasal Ethnic Transmission (ET); tetapi aku nak share dengan korang mengenai album sulung Norman Ading yang lama ditunggu keluarannya iaitu 'Jenuh Ati' akan berada dipasaran (mungkin time aku inform. korang album 'Jenuh Ati' berada dipasaran) yang mengandungi 6 tracks lagu iban dan satu single berbahasa Melayu.
Album sulung Norman Ading 'Jenuh Ati' menampil genre rock dan belada. Untuk pengetahuan korang album 'Jenuh Ati' tersebut merupakan terbitan Do Records Entertaiment Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur; dan album ini adalah hasil karya penuh Norman Ading.
Ini merupakan tracklist yang terkandung dalam Album Norman Ading 'Jenuh Ati':
01. Penyayau Aku
02. Jenuh Ati
03. satu Dalam Pengerindu
04. 7 Warna Pelangi
05. Dinga Meh
06. Agi sayau
07. Kau Hidupku (Malay - bonus track)
Album Norman Ading 'Jenuh Ati' juga menyelitkan MTV dan versi Karaoke untuk 6 tracks lagu iban beliau untuk memudahkan peminat-peminat beliau melayan sambil berkaraoke.
p/s: Pastikan dapatkan CD/VCD/DVD yang ORIGINAL untuk +Album Sulung Norman Ading 'Jenuh Ati'+ sebagai tanda support dan tanda hormat atas terhasilnya album pertama beliau 'Jenuh Ati'. Memang terbaik dari Sarawakian.
Anugerah Muzik Dayak (AMD) edisi ke 2014 kembali lagi, acara itu akan diadakan pada 20 Disember di Stadium Perpaduan Stadium Perpaduan (Stadium Tertutup) di Petra Jaya; seperti yang kita ketahui acara ini di anjur oleh Dayak Artistes and Musicians Association (DAMA) bagi martabatkan muzik Dayak Dayak.
Dayak Artistes and Musicians Association (DAMA) akan menengahkan tiga anugerah terbaru untuk di rebut pada Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 iaitu Anugerah Sepanjang Zaman, Anugerah Khas untuk Artis serta Pemuzik DAMA dan Anugerah Independent Artis dalam 20 anugerah yang dipertandingkan.
Program Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 untuk edisi keempat telah dilancarkan pada minggu yang lepas oleh Ketua dan Pengerusi DAMA di Summer Shopping Mall, Kota Samarahan pada minggu lalu. Di mana artis seperti Loudness Empire, Laila BJ, Jezffer, Eisner Nala, Fiedarus Udin, Leezwita, Bryan Rundi, Aorora, Sullivan, Melissa Francis dan Depha Masterpiece telah hadir bersama untuk menghiburkan para peminat serta pengemar lagu iban dan merupakan satu titik awal road show AMD 2014.
Pencalonan untuk Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 akan buka pada 1 Julai dan akan ditutup pada jam 5.00 petang pada 31 Oktober. Borang pencalonan juga boleh diperolehi daripada Setiausaha Kerja Dama Rachel Simai Edward di Ibu Pejabat Dama, pada Sublot 7, Tingkat 3, Blok 11, Tabuan Stutong Commercial Centre(Tel no. 082-368739) atau memuat turun di laman rasmi DAMA www.dama.my
p/s: Siapakah yang akan memenangi anugerah yang akan dipertandingkan untuk + Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 + pada tahun ini. Jom kita tunggu dan lihat.
Golden Pearl Sdn Bhd kembali dengan hasil nukilan melalui filem iban mereka yang bertajuk 'MIKAI' yang bercorak aksi. Di antara pelakon-pelakon menerajui filem 'Mikai' adalah Timothy Jie, Avey Diana, Tony Molly, Jenny Tan dan banyak lagi pelakon-pelakon tempatan kita.
Filem iban 'Mikai' di arah oleh sendiri Jennarino Jeraki dan Cosmos Moses, aku memang salute dengan keberanian Golden Pearl Sdn Bhd yang telah menjayakan serta membuktikan kita juga mampu mengolah filem-filem kita sendiri walaupun ada kekurangan tetapi sentiasa berani mencuba. Tahniah untuk Golden Pearl Sdn Bhd.
Official Trailer: Filem Iban "MIKAI"
Serba sedikit sinopsis filem iban 'Mikai'; Filem ini menceritakan kisah seorang pemuda yang bernama MIKAI (Timothy) seperti anak muda yang lain yang di lamun cinta dengan seorang gadis idaman beliau. Kisah cerita Mikai makin hangat di mana gadis pujaan beliau di bunuh, dengan dendam yang membara untuk membalas dendam maka terbitnya kisah-kisah aksi yang akan mendapat perhatian para penonton. Untuk mengetahui kisah lanjut filem iban 'Mikai'; apa kata korang dapatkan CD/DVD yang ORIGINAL di pasaran sekarang.
p/s: Untuk aksi hebat +Filem Iban: Mikai+ ; jom tonton dan support industri filem iban kita.
Lagu tema Ngap Sayot -Era FM Sarawak: Nang antap serta best juak lagu theme (tema) 'NGAP SAYOT' yang dibawa oleh DJ Fuzz feat Asyraf Hardy, Lil Syuka dan Caynie De. Tok baruk ya...encang Sarawak encang; mun sikda Ngap Sayot penuh di dada jangan dicabar air yang tenang sik da boyak.
So buat sesiapa yang belum layan lagi lagu tema 'Ngap Sayot' dari Era FM sarawak; apa kata korang layan terlebih dahulu video serta lirik lagu 'Ngap Sayot' yang aku sediakan untuk menambahkan lagi semangat NGAP SAYOT serta sokongan kita untuk team bolas sepak SARAWAK kita...ngap...ngap sayot...di sayot ajak baa...
Video: DJ Fuzz feat Asyraf Hardy, Lil Syuka & Caynie De - NGAP SAYOT
Lirik Lagu: NGAP SAYOT - DJ Fuzz feat Asyraf Hardy, Lil Syuka & Caynie De
Era Sarawak berkumandang
ngap sayot sinonim bujang senang
cuba embak nanngga boyak kita dah ganas
ney gergasi?? aku nak nangga sidak lemas
sikkan hilang jiwa 13
mun ko sik cayak, boleh tanyak dj fuzz
jersi hitam merah sepanduk tinggi lampu
sik mustahil ngap sayot no satu
suntik semangat tahun 88
sik teragak tahun tok yakin aku kita pegang
bertenaga mcm sarawak energy
dari kch ke Miri ngap sayot dlm hati
GB 13 ngap sayot dalam hati
buayak dah turun padah lawan hati hati
aku kuat berpantang sik lari dari padang
sikkan sik pernah dengar (encang serawak encang,)
tenaga sik habis, (sarawak energy,)
berbekalkan praktis, (sorakan negeri,)
Tandah berkumandang, di era sarawak
sampei dipasang didengar pun sidak berlalak
Hitam Merah dan Kuning (sentiasa berkibar,)
dilaung sigek stadium (biar sampei bergegar,)
kita sik mudah goyang (semangat bujang senang)
masih tetap dalam ati mena ni sik jang?
Merah Hitam Kuning - Ibu Pertiwiku
Lima Dua Tiga Belas - Negeri Ku
Selamat Datang, Ini Bumi Kenyalang
BumI Aku Cinta, Bukan Calang Calang
Ngap Sayot, Lagenda Bujang Senang
Sarang Boyak Jangan Dicuit Sebarang
Ramai Jadi Mangsa, Ternyata
Encang Sarawak Encang
Encang Sampe Speta!
Selagi Ada ERA
Selagi Ada Yang Masih Percaya
Mereka Bisa Saja
Kasi Ombak Satu Kali
Fans Kami Kasi Ribut Kali Kali
Siapa tidak mengenali www.rumahpanjai.com(Rumah Panjai Dot Com); merupakan salah satu laman website yang menengahkan ala laman sosial yang telah lama bertapak semenjak 2003 tapi sayangnya laman sosial Rumah Panjai dot com terhenti kerana melibatkan yang tinggi. Tapi kini www.rumahpanjai.com kembali lagi dengan radio online mereka tersendiri iaitu RumahPanjai FM.
RumahPanjai FM merupakan versi terbaru dari Rumah Panjai dot com dan radio online rasmi mereka, di mana RumahPanjai FM memutarkan 80% lagu Iban, English 10% dan Malay 10% di sorong radio online mereka.
Munyi ke udah dipadah aku sebedau tu, labanka sayau ke RUMAHPANJAI FM serta semua bala peninga ia sebedau tu, aku ngarika RUMAHPANJAI FM enggau gaga ati ngidupka ia baru. RUMAHPANJAI FM tu deka besiar ngena arus internet 24/7 enggau 2 iti format ianya AAC+ 32kbps serta AAC+ 64kbps. Format ti tinggi ditambah kena meri peluang ngagai bala peninga ti ngena internet ti lebih laju ninga RUMAHPANJAI FM enggau kualiti tinggi (nyau ka sama kualiti CD).
RUMAHPANJAI FM deka mutarka 80% lagu Iban, English 10% & Malay 10%. Dudi ari kami di RUMAHPANJAI FM deka ngaga slot khas pengelama sejam mutarka lagu ari band-band tauka penyanyi-penyanyi Iban ti ngatika diri. Enti bisi bala ti berminat tau contact kami ari pom dibaruh tu, RUMAHPANJAI FM deka nebah lagu kita ba slotnya ila.
Ngagai semua bala DJ RUMAHPANJAI FM suba, ngarapka kitai ulih begulai baru. Diatu udah bisi perubahan mimit enggau teknologi ti dikena RUMAHPANJAI FM kitai.
Sekali agi, terima kasih ngagai semua raban penyukung RUMAHPANJAI FM
Sekarang RumahPanjai FM boleh di dengar melalui talipon bimbit android dengan hanya men-download aplikasi RumahPanjai FM secara percuma di Google Play Store di kuasa melalui line 3G saja; seperti yang di katakann oleh TuaiRumah (Rumah Panjai dot com):
Enggau berita tebaru tu RUMAHPANJAI FM diatu udah mobile, ulih didinga ari talipon bincing android enggau pengelempung semina ngena line 3G.
Kelimpah arinya, apps tu mega udah disediaka sekali enggau website rumahpanjai serta fan club facebook rumahpanjai. Enggau jaku lain, semua dalam siti apps.
RUMAHPANJAI FM ngembuan 2 iti live streaming arus AAC+ ianya 32kbps enggau 64kbps. Arus ti lempung 32kbps ngemendarka bala peninga, ninga radio enggau lancar ngena line 3G enggau kualiti bunyi ti manah. Bala peninga ti ngena internet ti lebih laju tauka ngena wifi, ulih ninga radio nyau ka sama kualiti CD ba arus 64kbps.
Kami di RUMAHPANJAI GROUP pecaya tu meh cara kitai ninga radio ari serata dunya sepuluh taun ti deka datai.
Bagi pendengar-pendengar radio lagu iban yang ingin kelainan; apa-kata korang layan RumahPanjai FM kerana lagu-lagu iban yang di siarkan mempunyai kelainan dari radio yang sedia ada. Di antara program-program yang di siarkan RumahPanjai FM: SADA 24 JAM (Iban 80% , English 10% & Malay 10%), MANUK ENGKUKOK, (DJ Sepit Gari, live ari studio Miri), ROCK KAPAK KUASA DUA (DJ Horde, live ari studio Japan) dan SEBEDAU KIBUNG DIGANTUNG (DJ Wat Lamba & DJ Sepit Gari, live ari Studio Miri).
Atau pun korang boleh dengar di laman Seruran Pemerindang di bar Radio Online di sediakan; enjoy the radio RumahPanjai FM.
p/s: Kredit terlebih dahulu kepada www.rumahpanjai.com (RumahPanjai FM) dengan sumber yang tersedia; dan buat peminat serta pendengar yang rindu dengan Rumah Panjai dot com kini + www.rumahpanjai.com Kembali Dengan RumahPanjai FM + yang di siar 24/7.
Untuk mengecapi kejayaan tidaklah semudah itu tetapi dengan semangat menempuh segala dugaan serta sokongan segalanya dapat di atasi dengan mudah, bak kata pepatah 'Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu', begitulah aku dapat ibaratkan hasil karya beliau (CHRYAN CHRISTOPHER) untuk filem pendek CINTA CHOKI-CHOKI.
Filem pendek Cinta Choki-Choki semakin trending dan views nya semakin meningkat di laman YouTube dari Palinglah Production, korang ada tengok tak? kalau belum tu aku dah sediakan sekali disini.
So sapa disebalik tabir Cinta Choki-Choki ni, beliau adalah Chryan Christopher (nama panel) selaku Pengarah serta penerbit filem pendek tersebut dan yang paling aku bangakan ialah beliau merupakan anak iban SARAWAK. Beliau pernah berkata kat aku tentang pembikinan filem Cinta Choki-Choki tersebut adalah untuk membuktikan kita bangsa Iban, Sarawak dapat melangkah seiring dengan orang Semenanjung jika berani mengambil kesempatan yang sedia ada.
Kata-kata Chryan Christopher:
Anak iban.. ulih buktikan agai urg semanjung yg kitai iban pan mampu ngaga projek bakanya, laban mimit amat anak iban ke berani expose kediri ba pgawa baka nya. Desire aku, ka meda kitai anak iban pan ulih setanding n enda tinggal pemangsang baka anak bangsa bukai,Kira ke pia meh juluk ati ku nya bro...nya aku come out with movie cinta choki2 nya..
enggau nasib meh nya..enggau azam enggai alah laban bansa bukai deh.. nya meh bendar ka mencipta nama kediri empu, atas usaha diri empu.
Serba sedikit tentang Chryan Christopher:
Beliau (Chryan Christopher) telah menamat pembelajaran dalam jurusan Diploma In Multimedia (Perfileman) di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) dan sedang melanjutkan pembelajaran beliau dalam bidang Degree In Design Advertising di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak untuk tempoh dua (2) tahun lagi. So kita doakan kejayaan beliau OK.
Dalam tempoh terdekat Chryan telah menghasil dua filem pendek iaitu filem pendek pertama beliau bertajuk KELALU LAUN (merupakan filem parody) dan seterusnya adalah filem pendek iaitu CINTA CHOKI-CHOKI yang diterbitkan dibawah produksi beliau, Palinglah Production.
Atas hasil penat lelah, kualiti kerja serta trending filem pendek beliau di YouTube, Chryan mendapat kepercayaan dari artis Iban 'Clemence Joys' menjadi selaku pengarah video klip untuk album terbaru Clemence Joys (Entara Menua); 100% video klip untuk album tersebut adalah hasil kerja Chryan.
untuk clement Joys nya...nya ia offers aku ngaga video klip untk album baru ia ti deka datai tok ila bro...nya pan sida ia nemu aku dari you tube gak..sida bisi meda kerja2 video2 ke bisi digaga aku ba youtube..lalu company ia, berminat ka ngambi aku nyadi pengarah video klip sekaligus edit untuk lagu2 ba album baru ia...nya pan syukur meh bro.. laban Tuhan meri jalai deh.
Ok, bebalik dengan filem pendek Cinta Choki-Choki pula, aku lampirkan sinopsis filem tersebut untuk membuka kata bagi korang yang dah atau belum menonton Cinta Choki-Choki.
Sinopsis Cinta Choki-Choki
Mengisahkan Harry (Addyson Maring) yang mengalami dilema bersama teman wanitanya Anna (Sherry Dunstan).untuk mengetahui sejauhmana perasaan cinta Anna kepada Harry, Harry telah mengatur strategi untuk membuat Anna cemburu iaitu dengan menyuruh Hazel (Samantha Jata Robin) menjadi teman wanitanya sementara. Misi mereka akhirnya berjaya dan Anna merasa cemburu bilamana Harry mendekati wanita lain. Tetapi dalam masa yang sama, Harry juga mendapati Anna mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Harry. Hal itu membuatkan hubungan mereka retak. Dan Harry menyedari perasaan cintanya berputik pada Hazel sahabatnya yang selalu disampingnya dalam apapun keadaan. Dan Harry Berjanji setia kepada Hazel,menerima Hazel seadanya dan berharap perjalanan percintaan mereka kekal ibarat Rasa coklat Choki-Choki yang sentiasa manis dari dulu sehingga kini.
Pengarah: CHRYAN CHRISTOPHER Pelakon utama: Addyson Maring (Harry), Sherry Dunstan (Anna), Samantha Jata Robin (Hazel) Sarikata filem (Bahasa Inggeris): JM Official Soundtrack: Kekal Bersama (AORORA band)
Jom Tonton 'Cinta Choki-Choki'
Kronologi Menarik Tentang Filem Pendek CINTA CHOKI-CHOKI: ***Kredit: Chryan Christopher - (Atas dasar hormat, aku tak nak ubah apa-apa kisah perjalanan pembikinan filem itu, so kredit goes to Chryan)
- Saya (CHRYAN CHRISTOPHER) mendapat ilham untuk jalan cerita ini ketika saya sedang mandi... selesai ja mandi, terus saya buka laptop dan tulis kembali ilham itu. Skrip Cinta Choki-Choki telah disiapkan seawal bulan Julai 2013.
- Bila skrip dah siap, saya belum meletakkan Tajuk untuk cerita ini... Saya mendapat idea untuk tajuk untuk cerita ini adalah pada sambutan Hari jadi saya pada 19 November 2013, dimana seseorang telah menghadiahkan saya sebatang Choki-choki...! Lalu, elemen menarik yang saya observe tentang choki-choki adalah, Choki-Choki ini adalah coklat yang memang saya mahupun sesiapa sahaja meminatinya sejak dari kecil lagi. Choki-choki ini telah ada ketika saya masih kecil lagi dan sehinggalah saya dewasa, Keadaan rupa bentuk choki-choki ini tetap sama ja!. Dari segi desgin,logo yang digunakan,serta rasa choki-choki itu sendiri tak pernah berubah.- Jadi saya kait kan choki-choki ini dengan ihlam saya tadi. Dimana Si hero mahukan cintanya berkelalan. So, saya ambil ciri-ciri pada Choki-choki itu sendiri, yang mana,design,rasa coklatnya, dan dlm berbanyak produk coklat yang lahir selepas choki-choki, Choki-choki masih kekal relevan dan bertahan dari zaman kita kanak sehinggalah dewasa sekarang, so, bgitu juga dalam perjalanan percintaan, Kesetiaan serta kemanisan dalam percintaan itu penting walau disekeliling kita banyak betul dugaan lain yang bisa mengugat kesetiaan kita pada pasangan kita. Maka dari isu itulah, saya meletakkan nama untuk cerita saya ini, dengan tajuk 'Cinta Choki-Choki'.
- Pemilihan pelakon - Addyson Maring pernah berkerjasama dalam filem pendek 'kelalu laun'- melihat kepada sambutan baik untuk lakonan dia di filem Kelalu laun. Maka dia sekali lagi dibagi kontrak untuk memainkan peranan sebagai watak Harry dalam 'Cinta Choki-Choki'. Pelakon Heroin sebenar untuk movie ini telah menarik diri disaat-saat akhir atas sebab2 tertentu, saya kemudian memberikan kepercayaan kepada Samantha Jata untuk memainkan peranan watak Hazel. ini dalah pegalaman pertama dia. so,semasa sesi Uji bakat, sejujurnya, samantha masih kaku dan kemudian diberi tunjuk ajar oleh saya dan Sherry. Dan hasilnya, Sangat memuaskan! begitu juga dengan pelakon-pelakon tambahan yang lain. Mereka sangat memberikan kerjasama yang terbaik.
- Menjalankan pengambaran pertama untuk filem ini adalah pada 9 Januari 2014 dan tamat pengambaran pada 28 Januari 2014.
- Filem pendek ini telah menjalankan Pra-tonton dikalangan pelajar-pelajar UPSI pada 30 Januari 2014 di Auditorium, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,PERAK dengan kerjasama daripada MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SABAH&SARAWAK dan JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI,UPSI.
- Filem ini menjalani beberapa fasa untuk proses suntingan. Salah satu babak dalam filem ini mengambil masa selama 12 Jam untuk proses Editing.
- Atas sebab cuaca, untuk babak pergaduhan antara Harry dan Max pengambaranya telah ditunda ke hari lain.
- Kedua-dua buah Kamera yang digunakan untuk sepanjang pengambaran Filem ini adalah Kamera baru dan ''Cinta Choki-Choki" adalah hasil pertama dari kedua-dua buah kamera tersebut.
- Saya mendapat Komen negatif untuk filem ini, Komen yang seakan-akan mahu menjatuhkan saya. Namun Saya kuatkan juga semangat untuk melangkah tanpa mempedulikan kata-kata negatif tersebut.
- Sebuah Kumpulan Band yang sedang meningkat naik di Sarawak, telah memberi tawaran untuk mengunakan lagu mereka untuk dijadikan sountrack Filem ini.
- Sebuah lagi Lagu Sountrack untuk filem ini berjudul '' I LOVE YOU,I NEED YOU' dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh salah seorang Pelakon didalam Filem ini (Richard Antaim), beliau juga adalah Pelajar Akhir Diploma Muzik, dari UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
- ''The Making Of' untuk filem ini telah disiarkan di YouTube pada 11 Januari 2014 dan terus mendapat perhatian semua pihak serta Official Trailer untuk filem ini telah dikeluarkan pada 22 Januari 2014.
- Filem ini menjalani beberapa fasa untuk proses suntingan. Salah satu babak dalam filem ini mengambil masa selama 12 Jam untuk proses Editing.
- Intro baru ''Palinglah Production'' telah dilancarkan pada 30 Januari 2014 dan Filem Cinta Choki-choki adalah yang pertama mengunakan Intro ''palinglah Production'' yang baru tersebut.
- Filem ini mengunakan khidmat seseorang yang hanya dikenali dengan nama panel 'JM' untuk membuat translate sarikata filem ini ke Bahasa Inggeris.
- Kasut tinggi yang digunakan oleh salah seorang penari untuk babak tarian terputus ketika menarikan salah satu step tarian.
- Mawatie (pelakon watak Lucy dalam filem pendek Kelalu laun) Muncul sekali lagi sebagai penari untuk Filem ini.
Info: Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapat servis pembikinan video klip lagu, Majlis Perkhawinan atau ingin memberi tajaan bolehlah hubungi beliau melalui:-
p/s: Congrats ke atas bakat muda kita Chryan Christopher dengan hasil karya beliau dengan usaha serta berani mengambil peluang maka terhasillah sebuah karya Cinta Choki-Choki dan serta penglibatan beliau dalam menghasil video dari album baru Clemence Joy's. Teruskan sokongan anda semua bagi membakar semamgat bakat muda supaya tidak terbuang begitu sahaja. Ketahui +Di Sebalik Filem Pendek Cinta Choki-Choki Hasil Karya Chryan Christopher+ untuk mendalami bakat beliau.
Hai...Bujang Simanggang di sini, aku nak ucapkan TERIMA KASIH buat semua yang telah datang ke laman blog aku ini 'Seruran Pemerindang' yang tak la seberapa ni. Di harap perkongsian aku mendapat membuka mata korang tentang muzik kami di sini (Sarawak) semenjak aktifnya blog ini, so keep-on supporting.
Tahun 2013 bakal melabuhkan tirai...dengan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun jika ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersalah taip di blog aku 'Seruraran Pemerindang' sepanjang tahun 2013 ini sesungguhnya diri ini adalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Semoga tahun 2013 memberi banyak pengalaman dan pengajaran kepada kita semua dan dengan lembaran tahun baru yang akan datang aku, Bujang Simanggang +Seruran Pemerindang nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014, di harap tahun 2014 akan memberi tuah kepada korang dan aku sekali.
***
Bujang Simanggang ari menoa Simanggang, minta ampun enggau bala ruai ditu ti bisi salah leka jaku...aku meri besai terima kasih ngagai kita ti bisi mansa neresa ruai aku ditu serta mega meri Selamat Tahun Baru 2014 ngagai kita sebilik ti udah lalu ba ruai aku 'Seruran Pemerindang', ngarap tahun baru tok ila meri pengidup ti senang serta pengerai ngagai kita sebilik...ngarap mujur dalam semua pengawa...selamat tahun baru mega ngagai orang ti ngelala aku serta enda ngelala aku...anang meh malu duduk berimbai enggau aku ba ruai 'Seruran Pemerindang'. Siti pesan aku...Sokong meh industri muzik dayak kitai wak sejalai enggau raban muzik kebukai. SELAMAT TAHUN BARU 2014. Oooohaaaa....
Untuk hiburan pre-new year 2014 ni jom layan lagu 'Bujang Simanggang' dari Joyce Menti, diharap terhibur.
Video: Bujang Simanggang - Joyce Menti
Lirik lagu 'Bujang Simanggang' >>klik sini<< untuk ke laman lirik lagu tersebut. Jangan lupa kunjungi aku di:
Artikel sebelumnya aku ada share korang senarai percalonan akhir untuk VIMA Malaysia 2014. So hari ini aku nak kongsi korang bagaimana nak vote artis dan band-band kita ini (Melissa Francis,Hevance,Masterpice & Hairee And Angels) kerana kuasa voting adalah ditangan anda semua.
Jika mana-mana artis dan band iban kita mendapat jumlah terkumpul yang tinggi, mereka akan tercalon ke peringkat seterus iaitu Asia dan disitu mereka akan membuat persembahan live, lagu iban kita akan berkumandang kembali di VIMA seperti Hevance sebelum ini. Jom vote lagu iban kita.
Langkah-langkah untuk vote Melissa Francis,Hevance,Masterpice & Hairee Ang Angels 'VIMA Malaysia 2014':
1. Pergi ke laman: www.joota.com/vimamsia
2. Register di Joota terlebih dahulu atau Sign In mengunakan Facebook/Twiiter.
3. Setelah log-in, pergi ke laman 'Decks' VIMA Malaysia.
4. Tekan pilihan kategori anda untuk vote.
***Untuk vote artis dan band iban kita; jom ke laman 2 kategori ini untuk vote mereka.
Best Pop Song Nominations [Klik]
01. Hevance - Bajik
Best Rock Song Nominations [Klik]
01. Melissa Francis - Perening
02. Hevance - Belama
03. Masterpiece - Kumang Seari
04. Hairee And Angels - Agi Idup Agi Ngelaban
5. Klik pilihan artis korang, seperti dibawah.
6. Lepas tu klik 'follow' ikon seperti di bawah. Setiap +1 'follow' yang korang klik adalah jumlah tanda voting anda. Jom vote.
So korang dah vote artis dan band-band iban korang?..Aku dah.
Untuk keterangan lebih lanjut sistem voting mengunaka Joota korang boleh la lawati laman Bitemymusic.
Berita baik aku nak sampaikan buat orang-orang Sarawak; di mana VIMA Music Awards 2014 akan kembali lagi dan lebih gempak lagi. VIMA (Malaysia) Music Awards 2014 kali ini akan tampil dengan muka baru dan lama dari band-band tempatan dan artis-artis iban kita Sarawak. Who A We, We Are Sarawakian.
Percalonan VIMA (Malaysia) Music Awards 2014 kali ini menunjukan bakat artis dan band iban yang membawa dialek iban sebagai elemen utama dalam lirik dan lagu membuktikan bahawa muzik iban kian dikenali. Ini dibuktikan oleh band Hevance sebelum ini di VIMA 2013 yang telah memenangi kategori Best Indie Rock Group. Dan kini Melissa Francis, Hairee and Angels, Masterpiece dan sekali lagi Hevance tercalon dalam Senarai Percalonan Akhir VIMA (Malaysia) Music Awards 2014.
Jom kita tengok senarai percalonan akhir VIMA Malaysia 2014: ***Ini senarai percalonan aku pendekan cause nak highlight percalonan artis dan band Sarawak kita je.
BEST ROCK SONG
Melissa Francis – Perening
Hairee and Angels – Agi Idup Agi Ngelaban
Depha Masterpiece – Kumang Seari
Hevance – Belama
Pemenang VIMA Malaysia akan bertarung dengan pemenang VIMA INDIA dan VIMA Asia Tenggara pada peringkat akhir VIMA Asia. VIMA Music Awards akan diadakan di Platinum Lifestyle Club pada awal Mac 2014 dan Platinum Lifestyle Club juga penaja utama VIMA 2014.
Pengundian untuk VIMA Malaysia akan dibuka dari 10-30 Disember 2013.
p/s: Aku nak korang sokong Melissa Francis, Hairee and Angels, Masterpiece dan Hevance yang tercalon untuk Percalonan Akhir VIMA (Malaysia) Music Awards 2014. Dengan cara ini Industri Muzik Dayak/Iban kita akan setanding dengan muzik luar. Tok Bok Ya!
Pada17 November 2013, hari minggu di ST3 Shopping Mall 'The Padang' akan membinggitkan suasana Kuching; dengan julung kalinya The Padang akan menemui para peminat Sarawak untuk The Padangs Borneo Tour 2013.
The Padang merupakan band yang bergenre metal/experimental/hardcore band, so apa lagi jom layan mereka di basement ST3 shopping mall, Simpang Tiga di hadapan THESpring.
Buka The Padang akan berentap disana, band-band tempatan seperti Dance!On Your Grave, Search And Destroy,Wings Of Arelia, Let’s Change The Inertia dan Knockxout akan memeriahkan lagi keadaan. Memang rawwwkk abisla.!
Tiket kini dijual pada harga RM20 - RM30 setiap satu. Untuk tiket dan maklumat lanjut "The Padangs Borneo Tour 2013' korang boleh menghubungi Hanne Saran di talian: 013 565 0651, Cashley Mantador di talian: 011 1933 764, Abu Telley di talian: 016 808 8506, Karlos Tanon di talian: 016 857 6720, Maurice Kwat di talian: 010 9609 733, dan Ben Craig di talian: 013 810 1523.
Untuk menambahkan selera telinga anda, aku nak share salah satu lagu EP terbaru The Padang iaitu "RISE".
Video: The Padangs - Rise official lyric video
Lirik: The Padangs - Rise
Now, don't hold back now
Our time has come
To regroup
It's time to rise
We won't hold back
Get ready to brace yourself
We're coming back again
We will rise together
We're gonna bring them down
Raise your voices
The ground will shake and tremble
They will fear, they will fear, they will fear
Our shields and weapons
We are the beacons towards the sky
That will bring us back together
We will stand to our grounds
(Chorus)
We will rise together
And I don't think it's over
We're will rise one more time
Let's lighten up this world
They will be blinded by our torches
Do not fear, do not hesitate
We're giving them what we've got
We will rise one more time
We will rise, we will show no mercy
We will rise one last time
We will rise, there's no turning back now
Owwwhhhh yeah
They will fear us
We are the beacons towards the sky
That will bring us back together
We will stand to our grounds
We will rise together
And I don't think it's over
We're will rise
We've been waiting for a chance like this
Get ready to rise from the ground
They will fear our shields and weapons
They will fear us rise together
"Laki ti nadai kelingai, enda dikemata ka Bhiku Bunsu Petara." dipetik dari Kenarau website. Jangan lepas peluang anda untuk datang ke KENARAU I 'Sarawak Tattoo Expo' pada 16 hingga 17 November 2013 ini di Dewan Suarah, Miri. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan semasa Sarawak Tattoo Expo ini seperti pameran tattoo, pertandingan tattoo, persembahan band-band, Permainan, Demo Handtapping @ 'Tatok' secara Tradisional.
KENARAU I 'Sarawak Tattoo Expo' Info: sumber: Kenarau
KENARAU - I ( Sarawak Tattoo Expo )
Gawai Kelingai iya ti keterubah iya diperambuka Majalah Kenarau begulai enggau siku pengatur pengawa Gawai Kelingai ti udah teleba ba pengawa tu, iya nya Felix Dixon.
Silik ti mayuh agi ba pengawa pengerami tu ila :-
Endur pengerami : Dewan Suarah, Miri.
Kenaka : 16hb & 17hb November 2013
Bepun ari : 12 tengah ari nyentuk ke 10 malam
Tikit Tama : 10 Ringgau sari. Menseeekk nya.
Atur pengawa :
Pekit pemanah kelingai nitihka kategari, pengawa ngelingai chara tatuk beraban mayuh, pengawa main asal ( Ngajat & Tabuh ), meda pengelandik DJ ngansarka chapak ba mija KUhukUKU, pekit belumba ngirup ai bisa & mayuh agi.
Pengawa ditulung : Dewan Suarah, Miri.
- Sarawak Body Arts Accosiasion
- Sarawak Modern & Traditional Tattoociety
- Indonesian Tattoo Subculture
- Pustaka Putera Kenyalang
- PUTERA ( Persatuan Penulis Utara Sarawak )
- Majlis Perbandaran Miri
- Majalah Bangka
- Majalah Kenarau
- Felix D Pantek
- Bungai Terungs Generation
- Sarawak Tattoo Supply
- Seahorse Tattoo Studio & Gallery
- Ming Cafe Miri
- Rumahpanjai.com FM
Pengerami tu ditulung sida kelingai artis ari negara enggau negeri bukai baka ari Indonesia, Philipine, Thailand, Singapore, Taiwan, Brunei, Sabah, Semenanjung enggau menua kitai Sarawak empu. Digulu lebih ari 46 iti Tattoo Studio, enggau lebih ari beratus kelingai artis ti bisi datai.
Nuju bala ti bisi datai ti ukai datai deka bekelingai, kita ulih ngelantang ke ati diri ngelanggak ai bir iya ti bisi dijual ba pengerami tu, kelimpah ari kita ti ngemataka sida kelingai artis ti benung kisuk ngenarau kulit bala pangan.
Event : Kenarau I Sarawak Tattoo Expo 2013 Tarikh : 16th - 17th November 2013 (Saturday & Sunday) Masa : 12:00 PM - 10:00 PM Venue : Level 3 Dewan Suarah Miri Tiket Masuk: RM 10 sahaja
Untuk keterangan lebih lanjut korang bole call Felix Dixon (019-8753400), Sylvester Juli @ BoyTattoo (013-5777433) & Stephanie Spencer (014-5751315). KENARAU I 'Sarawak Tattoo Expo' Miri 2013.
Aku nak berkongsi dengan korang mengenai band ini 'VAMPS', amacam pernah dengar Vamps band ni? Bagi yang belum tu aku kongsi sikit pasal band ni sikit je. Vamps merupakan salah satu band J-Rock (Japanese Rock band) yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan di angotai oleh Hyde dan K.A.Z.
Single 'Reply' adalah salah satu tracks album single Vamp (AHEAD/REPLAY); untuk korang nak berjinak-jinak dengan J-Rock apa kata korang dengar dulu lagu Reply 'Vamps'.
Video: Reply - Vamps
Lirik: Reply - Vamps
Unlock lost story, let long nightmares pass
We've reached our turn now to launch counterattacks
Your lies are slurring, just go bite off your tongue
So shut those lips so dirty
Come on, show me what's right
My will
Your lives were sacrificed, your last will's justified
And I will let your lost souls through heaven's gates
Replay
Come on, look closer I've followed clues from the past
In doubt of your lies I'll make you take them back
I don't need lasers, the X-ray's good enough
It's not a game we're playing
At the next stage let's fight
My will
Your lives were sacrificed, your last will's justified
And I will find a new way to get back your lost pride
My will
Your lives were sacrificed, your last will's justified
And I will let your lost souls through heaven's gates
Replay
My will
Your lives were sacrificed, your last will's justified
And I will find a new way to get back your lost pride
My will
Your lives were sacrificed, your last will's justified
And I will let your lost souls through heaven's gates
Replay
Modread, tentu korang dah dengar nama band ini yang pernah bergabung dengan Tomok untuk projek band mereka iaitu 'Manifesto' di dalam rancangan realiti show Versus2 TV9, sekali gus diangkat menjadi juara untuk sesi Versus ke-2.
Ini biography Modread yang aku cedok kat official fb pages mereka:
MODREAD needs no introduction to fans of our local music scene. They first made their mark in the industry after winning HotFM's Twisties Bingit back in 2008. These 5 gents are well known for their Rock music and have produced 2 full albums filled with addictive tracks.
Earlier this year, Modread entered TV9's Versus under the name Manifesto where they had Tomok in their band. As many would have expected, Manifesto won the competition and brought home RM 200,000 and a few trophies under their belts. They are currently finishing their album for Manifesto, but they are still active in the scenes under their own name.
Modread 'Pengembaraan Neeruza Ozawa' merupakan album ke-2 mereka yang mengandungi lapan (8) buah lagu. Kalau tak silap aku dengar dari setiap tracks lagu, tak salah aku katakan influence muzik mereka banyak ke arah band antarabangsa iaitu 'Muse' tapi Modread mempunyai style mereka tersendiri.
Banga betul aku tengok usahawan jati Sarawak yang kian mendapat nama di kalangan artis tempatan Sarawak dan kini di Semenajung pula.
M.O Studio dimiliki oleh dua usahawan muda iaitu Mizta dan Otine dan jenama M.O Studio merupakan gabungan nama mereka. M.O Studio berkecimpung dalam dunia glamor fashion terutamanya menegahkan kain Pua Kumbu Iban sebagai medium utama serta sentuhan reka cipta moden menjadikan Pua Kumbu sebagai baju yang bermutu tinggi mengikut edaran masa.
Buktinya hasil pakaian moden Pua Kumbu kini menjadi sambutan dikalangan artis kita dan menjdai tetamu jemputan disalah satu program TV iaitu Safiyah Tv9 ( fesyen Muslimah)
Selain itu; M.O Studio & Couture merupakan salah satu jenama yang sama, menyediakan perkhidmatan deco serta pelamin perkahwinan, wedding makeup, evening dresses dan photography mengikut citarasa pelanggan..So kalau korang berminat untuk mendapat perkhidmatan M.O Studio & Couture boleh la hubungi mereka untuk keterangan lebih lanjut serta tempahan di:-
01. Call sms whatsapp Mizta 0128700374/ Otine 0128864544
02. Layari official fb fan pages >>M.O Studio [KLIK]<<
03. Lawati blog M.O Studio >>www.miztaotine.blogspot.com<< memaparkan hasil kerja mereka.
So kita kembali dengan cerita asal kita sekarang, M.O Studio akan mengadakan 'Malam Gala Sempena Ulang Tahun Ke-3' yang akan di adakan di tempat mereka sendiri iaitu Jalan Song, Kuching pada 22.02.2014 nanti. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Malam Gala M.O Studio korang boleh la lawati official fb pages atau call yang telah disediakan sebelum ini.
Jangan ketinggalan untuk datang ke 'Malam Gala Sempena Ulang Tahun Ke-3 M.O STUDIO SARAWAK' itu nanti kerana korang akan dihiburkan dengan penampilan istimewa dari artis-artis tempatan kita seperti The Crew, Rannee Pat, Diana Ant Belikau, Lucy M, Gabriel Fairuz Louis dan Leez Zwita. Dan juga saksikan mereka secara live di 'Walk The Red Carpet" dengan keterampilan mereka mengayakan produk-produk M.O STUDIO SARAWAK.
Sebelum aku akhiri, aku nak ucapakan CONGRATS terutamanya M.O STUDIO SARAWAK yang mana mereka telah membuka mata orang luar bahawa produk kita dari Sarawak terutamanya 'Pua Kumbu' mempunyai keunikannya tersendiri dan membuktikan kita sentiasa melangkah seiring dengan pereka yang lain dan mungkin lebih lagi. Teruskan usahakan anda dan Kita 'Sarawak'.
Masterpiece akan kembali menghiburkan para-para peminat mereka secara live showcase di SIbu nanti, so hadirkan diri anda ke sana untuk di dendangkan dengan lagu-lagu terbaru dari album Masterpiece 'Rock And Roll' OK.
Let's 'Rock And Roll'...!
Masterpiece Showcase 'Rock And Roll'
Tarikh: 09 Nov. 2013
Masa: 0900pm - 1200 am
Tempat: Kaban Lama Pub, Sibu
Untuk info. lebih lanjut boleh la lawati 'Will Masterpiece' fb >>DISINI<<
Perhatian untuk Rickie Andrewson dan ANP Music Production bahawanya Official VideoAlbum 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' telah pun leak @ di upload di laman YouTube. Aku sekadar untuk berkongsi info. setelah secara tidak sengaja terserempak dengan official video beliau.
Album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' baru sahaja dipasarkan pada minggu yang lepas dan sekarang ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan official muzik video untuk setiap singles lagu beliau di YouTube.
Untuk pengetahuan korang, minggu lepas Rickie Andrewson telah mengeluarkan artikel beliau sendiri mengenai album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' agar tidak di-upload dimana-mana laman sosial terutamanya di YouTube ataupun Daily Motion.
Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk menghindar dari album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' di cetak rompak oleh lanun-lanun CD/VCD. Jika didapati meng-upload official muzik video beliau berkata akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tersebut dan beliau 'Rickie Andrewson' juga menisihati sesiapa yang telah upload agar membuang video tersebut serta merta @ secepat mungkin.
Korang boleh baca artikel beliau yang aku telah post sebelum ini di >>SINI<<.
Buat Rickie Andrewson dan ANP Music Production, ini adalah antara official muzik video yang ada di laman YouTube sekarang iaitu lagu "Enda Besemaya Ngambi Nuan, Beri Pemutus Ati Nuan, Sanggup Nyadi Ke Ambai Lalai, Tua Enda Setipak, Ambi Aku Nyadi Ke Ganti dan Pengerindu Sgi Tiga".
Video: Enda Besemaya Ngambi Nuan 'Rickie Andrewson'
Video: Beri Pemutus Ati Nuan 'Rickie Andrewson'
Video: Sanggup Nyadi Ke Ambai Lalai 'Rickie Andrewson'
Video: Tua Enda Setipak 'Rickie Andrewson'
Video: Ambi Aku Nyadi Ke Ganti 'Rickie Andrewson'
Video: Pengerindu Sgi Tiga 'Rickie Andrewson'
Untuk mertabatkan Industri Muzik Dayak/Iban, kita haruslah bersama membeli Album ORIGINAL dan memboikot cetak rompak yang sedia ada dipasaran. Jangan lupa dapatkan album 'Nostalgia Bersama Rickie Andrewson' yang ORIGINAL sahaja.
Kredit gan: >>The FamilyMan >>Asyraf Hardy >>GB Tigabelas (13) >>Mohamad Khairuzie Bolhassan nok nyedia lagu ngan lirik lagu Distrix Tigabelas - The FamilyMan feat. Asyraf Hardy, video kat YouTube >>Pemain Sarawak >>Penyokong pasukan Sarawak. "Ngap Sayoooottttttt!!!!! Agik idup agik ngelaban"...Semangat tok untuk Sarawak.
Video: Distrix Tigabelas - The FamilyMan feat Asyraf Hardy
Lirik: Distrix Tigabelas - The FamilyMan feat Asyraf Hardy
Asalamualaikum
Salam satu Malaysia
Salam untuk orang-orang Sarawak
Lagu ini untuk Sarawak
Ashraf hardy mulakannya
Tigabelas, dah terang benderang
Sepanduk kita merah begendang nya udah datang
Ngerisik rasa sik nampak hati mula bekencang
Jang jangan di lawan ya nang Bujang Senang
Betutup muka ya jangan di cabar
Datang semangat Rosli Dhobi
Begendang dah gegar
Sikda nak asi asi
Sokong ku sampey mati
Itam merah dari warna baju ku sampey mati
Distrix Tigabelas
GB Tigabelas
Rumah aku pun nombor Tigabelas
Tok ku nak balas kepada yang suka nak nganok(x3)
Tapi dikpun nya bonggok ngok ngok
Pandey jak madah
Cau awal oi mun Sarawak dah kalah
Belom nya kalah
Belom adak abis gik
Belom adak papa
Dah jadi kedak ya
Ney gaya
Ney rupa
Bagus agik ko sikboh nangga
Daripada ko ngejem jraya
Sik nyusah sidak Rela
Kepada refri
Jangan ambik ati
Mun aku madah tok Ok...
Jangan makan rasuah
Kelak dirikpun yang susah
Maok ko pulang sinun sikda maruah
Distrix Tigabelas ohaa...ohaa...
Big Daddy G mula membalas cara yg pantas
Tiada pun belas sampai telepas tehempas tekupas zaas
Terus di ole oleh Bwele ke kiri ke kanan ke depan kebelakang
Alu ke kangkang derek ke gawang Gol
Terus melantun ke Shahrol, Dzulazlan hantar ke Hairol
Salibasic ke Bobby derek ke Mafri rembat k ujong kaki
Bubus net gol agik gooooolll....
Crita lagenda ngap sayot bmula dimana aura stadium begema
menanda pnyokong bsatu suara musuh d padang
d Sayot sahaja semangat Sarawak mengamok mengemba
Baruk tak org tauk
walu kenak kaco
walau kenak entam
Sikda mek orang gago
Sikda mek orang diam
Dari Kuching dari Seboyo sampey ke Daro
Turun nyapot juak nyo goi
Sikda ku medo mena sik menali menalah
The FamilyMan, Asyraf Hardy, Robert Albert
Dan untuk semua pemain-pemain Sarawak
Penyokong-penyokong Negeri Sarawak
Main mena mena oi...
kalah menang adat permainan
Tapi mun kita nengar lagu tok
Sebelum kita orang masok padang
Kita gerenti menang
Taun tok kita juara
Sebab tok bok nya
Semua! tok bok nya
Sidak Sarawak madah tok bok nya
Buat sesiapa yang tengah mencari caller ringtone untuk album "Agi Idup Agi Ngelaban" dari Hairee And Angels; korang boleh la lihat kod-kod caller ringtone tersebut.
Agi Idup Agi Ngelaban
MAXIS
Dail *131*314726# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303560 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460556 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460556# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189431# Tekan Send
Semina Nuan Sulu
MAXIS
Dail *131*314727# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303561 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460557 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460557# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189432# Tekan Send
Badu Ngenang
MAXIS
Dail *131*314728# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303562 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460563 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460563# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189433# Tekan Send
Indu Antu
MAXIS
Dail *131*314729# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303563 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460564 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460564# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189434# Tekan Send
Rindu Ke Nuan
MAXIS
Dail *131*314730# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303564 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460566 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460566# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189435# Tekan Send
Ketegal Sayau
MAXIS
Dail *131*314731# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303565 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460567 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460567# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189436# Tekan Send
Bula Enggai MAXIS
Dail *131*314732# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303566 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460584 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460584# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189437# Tekan Send
Nuan Di Atiku
MAXIS
Dail *131*314733# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303567 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460587 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460587# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189438# Tekan Send
Sayau Ka Nuan
MAXIS
Dail *131*314734# Tekan Send DIGI
Taip CT <Jarak> 1303568 Send kepada 2000 U MOBILE
Taip CT <Jarak> 460594 Send kepada 28118
Atau
Dail *118*5*2*460594# Tekan Send/Call CELCOM
Dail *888*189439# Tekan Send
* Pembeliansetiap lagupada RM3untuk bulan pertama, pembaharuan berikutnya padaRM2sebulan.