Friday, July 18

Album Sulung Norman Ading 'Jenuh Ati'

Album Jenuh Ati - Norman Ading

*pic. credit to dore.my

Bagi peminat serta pendengar lagu iban sudah tentu mengenali Norman Ading yang merupakan ahli band independence yang pernah membawa revolusi muzik iban 'Ethnic Transmission (ET)', dan beliau merupakan selaku bassist kumpulan tersebut.

Tapi hari ini aku bukan nak menceritakan pasal Ethnic Transmission (ET); tetapi aku nak share dengan korang mengenai album sulung Norman Ading yang lama ditunggu keluarannya iaitu 'Jenuh Ati' akan berada dipasaran (mungkin time aku inform. korang album 'Jenuh Ati' berada dipasaran) yang mengandungi 6 tracks lagu iban dan satu single berbahasa Melayu.

Album sulung Norman Ading 'Jenuh Ati' menampil genre rock dan belada. Untuk pengetahuan korang album 'Jenuh Ati' tersebut merupakan terbitan Do Records Entertaiment Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur; dan album ini adalah hasil karya penuh Norman Ading.

Ini merupakan tracklist yang terkandung dalam Album Norman Ading 'Jenuh Ati':

01. Penyayau Aku
02. Jenuh Ati
03. satu Dalam Pengerindu
04. 7 Warna Pelangi
05. Dinga Meh
06. Agi sayau
07. Kau Hidupku (Malay - bonus track)

Album Norman Ading 'Jenuh Ati' juga menyelitkan MTV dan versi Karaoke untuk 6 tracks lagu iban beliau untuk memudahkan peminat-peminat beliau melayan sambil berkaraoke.

p/s: Pastikan dapatkan CD/VCD/DVD yang ORIGINAL untuk +Album Sulung Norman Ading 'Jenuh Ati'+ sebagai tanda support dan tanda hormat atas terhasilnya album pertama beliau 'Jenuh Ati'. Memang terbaik dari Sarawakian.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy