Thursday, January 1

5+2 Anugerah Menjadi Genggaman Gabriel Fairuz Louis Di AMD 2014

Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 : Gabriel Fairuz Louis Bolot 5 Anugerah

pic source: AMD 2014 FB

Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 telah menutup tirainya pada 20 Disember 2014 beberapa minggu yang lalu dan kita dapat saksikan penguasaan Gabriel Fairuz Louis kali ini, yang berjaya mengenggam lima (5) lima kategori dan (2) lagi kategori tambahan untuk album terbaru beliau iaitu 'Aku - Gabriel Fairuz Louis'.

Album ke-2 'Aku - Gabriel Fairuz Louis' menjadi tuah pengakhiran tahun 2014 pada Anugerah Muzik Dayak (AMD) kali ini. Gabriel Fairuz Louis berjaya membolot 5 anugerah untuk kategori Artis Lelaki Terbaik, Artis Belada Terbaik, Artis Pop Terbaik, Lagu Dayak (Iban) Terbaik dan Album terbaik.

Ini buat kali ke-2 Gabriel Fairuz Louis berjaya mempertahankan penguasaan beliau untuk kategori Artis Lelaki Terbaik, semenjak AMD 2012.

Selain itu; tuah album Gabriel Fairuz Louis ke-2 tidak terhenti begitu sahaja, di mana album beliau juga di nobatkan sebagai Kulit Album Terbaik (Ronney Bukong) dan Video Muzik Terbaik (Calhiem ak Sawin).

Untuk memudahkan lagi keadaan, aku senaraikan pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang telah di pertandingkan di Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 kali ini.

01. Gabriel Fairuz Louis - Artis Lelaki Terbaik, Artis Belada Terbaik, Artis Pop Terbaik, Lagu Dayak (Iban) Terbaik dan Album terbaik.
02. Ronney Bukong - Album Terbaik
03. Calhiem ak Sawin - Video Muzik Terbaik       
04. The Crew - Artis baru Dayak Terbaik dan Artis Berkumpulan/Dou Terbaik
05. Seventh Tribe GMP (Nuan Di Atiku) - Single Baru Terbaik
06. Monica Ellen (Aku Bisi Nuan) - Artis Wanita Terbaik
07. Janang Ensiring dan Embat Lala (Pelandai Ujan Nerusan) - Lirik terbaik 
08. Masterpiece (Nyaga Negeri) - Anugerah Artis Rock Terbaik
09. Norman Ading (Agi Sayau) - Susunan Muzik Terbaik
10. Rannee Pat (Ambujanj Tarigas) - Lagu Dayak (Bidayuh) Terbaik
11. Ayie Ajang - Anugerah Sepanjang Hayat (Orang Ulu)
12. Mike Rantai - Anugerah Sepanjang Hayat (Bidayuh)
13. Christopher Kelly -  - Anugerah Sepanjang Hayat (Iban)
14. Jerry Kamit - Anugerah Khas DAMA

Syabas aku ucapkan kepada Dayak Artistes and Musicians Association (Dama) di atas kejayaan Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 kali ini. Buat pemenang-pemenang Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 juga aku ucapkan tahniah dan buat finalis yang lain cuba lagi.

P/S: Dengan kejayaan Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 kali ini telah mengangkat lagi taraf Muzik Dayak kita serta dapat membuka mata dan telinga pendengar di luar sana. Untuk lebih menjayakan lagi muzik dayak kita...apa kata kita sama-sama membeli album/ single yang ORIGINAL sahaja. Jumpa lagi untuk Anugerah Muzik Dayak yang mendatang.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy