Showing posts with label Lagu Bidayuh. Show all posts
Showing posts with label Lagu Bidayuh. Show all posts

Saturday, March 28

- 0 comments
Single Tenggie Ku' - Carrie Geres

Carrie Geres merupakan seorang artis bidayuh yang tidak asing lagi dalam persada muzik dayak di Sarawak kini tampil dengan single beliau yang di beri nama 'Tenngie Ku'. Single Tenngie Ku' kini boleh didapati di laman store online sperti iTunes dan Amazon.

Dengan single Tenggie Ku ', Carrie Geres lari dari genre biasa muzik Bidayuh (iaitu joget, slow rock, balada, dangdut).  Dengan menengahkan genre segar, single Tenggie Ku' lebih ke arah Pop/ R&B vibe, bagi memulakan perubahan positif dalam industri muzik Bidayuh, meningkatkan piawaian serta peredaran muzik masa kini.

Jika anda dengar dengan teliti lagu Tenggie Ku' , Carrie Geres mendendangkan lagu itu dengan sempurna dan seakan versi Rihanna Sarawak. Apa kata anda dengar dan lihat official video untuk lagu Tenggie Ku' dipaparkan disini dan apa komen anda mengenai single baru Carrie Geres ini.


Ingin lirik lagu Tenggie Ku' - Carrie Geres; apa kata anda pergi ke laman ini: >> Lirik Lagu Bidayuh: Tenggie Ku - Carrie Geres

Kenali Carrie Geres


Carrie Geres dilahirkan pada Disember 1993 dan merupakan adik kepada Claudia Geres. Mula menonjolkan diri di persada muzik di mana beliau telah menyumbangkan suara bersama Hevance, Ezra dan Mezzavoce melalui lagu Aku Nemu, Asung Ku, Janji Senang.

Selain itu, Carrie Geres pernah mengeluarkan single 'Confusion', hasil kerjasama beliua dan Galvin Patrick dan mendapat sambutan hangat apabila lagu 'Confusion' beliau tersenarai dalam carta Hitz FM.

Dalam tahun 2015, dengan dedikasi serta nekad Carrie Geres untuk meningkatkan standard dalam industri muzik tempatan terutamanya lagu bidayuh. Dengan menghasilkan segar dan baru yang tidak pernah didengar dalam muzik Bidayuh maka beliau kembali dengan single Tenggie Ku.

Mengenai Lagu Tenggie Ku


Single Tenggie Ku adalah hasil tangan Lester Geres, dan direkodkan & dihasilkan oleh Bernie Joel Geres.

Cerita disebalik lagu Tenggie Ku - berkaitan dengan hati seorang gadis  yang dilukai oleh teman lelakinya yang sentiasa membohongi beliau serta kaki perempuan. Si gadis mengambil keputusan meninggalkan teman lelaki beliau dan pergi untuk selama-lamanya.

Untuk mengetahui perkembangan terkini Carrie Geres, anda boleh lawati beliau di laman rasmi seperti (klik link di sediakan untuk melawat laman rasmi beliau) :

01. Twitter: @CarrieDarkqueen
02. Facebook Pages: Carrie Geres
03. YouTube: CarrieGeresOfficial
04. Website: CarrieGeresOfficial

Bagi yang berminat untuk mendapatkan single Tenggie Ku - Carrie Geres, anda boleh dapatkan secara belian online dengan sah melalui link yang disediakan.

01. iTunes: Tenggie Ku - Carrie Geres
02. Amazon:  Tenggie Ku - Carrie Geres

P/S:  Single Tenggie Ku' - Carrie Geres merupakan lagu bidayuh yang terbaik untuk tahun 2015; dengan gabungan lirik, muzik serta video yang trampil dengan standard tinggi, kita doakan kejayaan Carrie Geres untuk mempertabatkan muzik dayak dan lagu bidayuh.
[Continue reading...]

Thursday, January 1

- 0 comments
Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 : Gabriel Fairuz Louis Bolot 5 Anugerah

pic source: AMD 2014 FB

Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 telah menutup tirainya pada 20 Disember 2014 beberapa minggu yang lalu dan kita dapat saksikan penguasaan Gabriel Fairuz Louis kali ini, yang berjaya mengenggam lima (5) lima kategori dan (2) lagi kategori tambahan untuk album terbaru beliau iaitu 'Aku - Gabriel Fairuz Louis'.

Album ke-2 'Aku - Gabriel Fairuz Louis' menjadi tuah pengakhiran tahun 2014 pada Anugerah Muzik Dayak (AMD) kali ini. Gabriel Fairuz Louis berjaya membolot 5 anugerah untuk kategori Artis Lelaki Terbaik, Artis Belada Terbaik, Artis Pop Terbaik, Lagu Dayak (Iban) Terbaik dan Album terbaik.

Ini buat kali ke-2 Gabriel Fairuz Louis berjaya mempertahankan penguasaan beliau untuk kategori Artis Lelaki Terbaik, semenjak AMD 2012.

Selain itu; tuah album Gabriel Fairuz Louis ke-2 tidak terhenti begitu sahaja, di mana album beliau juga di nobatkan sebagai Kulit Album Terbaik (Ronney Bukong) dan Video Muzik Terbaik (Calhiem ak Sawin).

Untuk memudahkan lagi keadaan, aku senaraikan pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang telah di pertandingkan di Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 kali ini.

01. Gabriel Fairuz Louis - Artis Lelaki Terbaik, Artis Belada Terbaik, Artis Pop Terbaik, Lagu Dayak (Iban) Terbaik dan Album terbaik.
02. Ronney Bukong - Album Terbaik
03. Calhiem ak Sawin - Video Muzik Terbaik       
04. The Crew - Artis baru Dayak Terbaik dan Artis Berkumpulan/Dou Terbaik
05. Seventh Tribe GMP (Nuan Di Atiku) - Single Baru Terbaik
06. Monica Ellen (Aku Bisi Nuan) - Artis Wanita Terbaik
07. Janang Ensiring dan Embat Lala (Pelandai Ujan Nerusan) - Lirik terbaik 
08. Masterpiece (Nyaga Negeri) - Anugerah Artis Rock Terbaik
09. Norman Ading (Agi Sayau) - Susunan Muzik Terbaik
10. Rannee Pat (Ambujanj Tarigas) - Lagu Dayak (Bidayuh) Terbaik
11. Ayie Ajang - Anugerah Sepanjang Hayat (Orang Ulu)
12. Mike Rantai - Anugerah Sepanjang Hayat (Bidayuh)
13. Christopher Kelly -  - Anugerah Sepanjang Hayat (Iban)
14. Jerry Kamit - Anugerah Khas DAMA

Syabas aku ucapkan kepada Dayak Artistes and Musicians Association (Dama) di atas kejayaan Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 kali ini. Buat pemenang-pemenang Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 juga aku ucapkan tahniah dan buat finalis yang lain cuba lagi.

P/S: Dengan kejayaan Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2014 kali ini telah mengangkat lagi taraf Muzik Dayak kita serta dapat membuka mata dan telinga pendengar di luar sana. Untuk lebih menjayakan lagi muzik dayak kita...apa kata kita sama-sama membeli album/ single yang ORIGINAL sahaja. Jumpa lagi untuk Anugerah Muzik Dayak yang mendatang.
[Continue reading...]

Sunday, November 3

- 0 comments

Kian rancak Industri muzik tempatan kita di Sarawak terutamnya band-band tempatan yang kianberabi menengahkan hasil ciptaan mereka yang tersendiri termasuk band indie Bidayuh ini iaitu 'CNIC Band'.

CNIC band telah pun melebarkan sayap dengan mengeluar single ke-3 mereka iaitu 'Balik Mah'. Bagi peminat-peminat CNIC band tu...jom kita layan lagu terbaru 'Balik Mah'.

Untuk mengikuti perkembangan terbaru band CNIC korang boleh la lawati official pages >>DISINI<<.

Video: Balik Mah - CNIC Band



Lirik:  Balik Mah - CNIC Band

Kan mu kaping kubo laguku
Simua bikisah tentang masa adih da taye
Tibayang simua kenangan
Da tundah adih masa mu lagi adeh
Da dunia ti

Tulung pidaan ndeg aku
Menih cinta ti kai pandai mengan
Ndeg amu

Sampai kai dapatku trima
Cinta beken da mandeg ndeg aku
Alah simua ne

Menih mu tegan
Sampey iti ne ku kai pisaya
Cinta adih
Simpanku sampey pengan dunia

[*]
Balik mah mu ndeg aku sayang
Ba buhu tegan aku atik
Mina mu dayung da sinayang
Anyap pengganti ne

Simua da bilaku siti
Meda asengku bidaya
Oh tampa tulung mah nyaga ne
Ngin aku maseh nyinta amu sayang

Ulang [*] [*]

Aku dah cakap dah...memang terbaik.
[Continue reading...]

Sunday, October 13

- 0 comments

"Suara Asung" atau di dalam Bahasa Melayu nya Suara Hati merupakan single duet Romina G.M Grey & Jasmine John. 'Suara Asung' merupakan single duet yang pertama dan korang boleh tonton lagu tersebut di official YouTube; kemungkinan single ini menjadi titik permulaan album yang mendatang...kita tunggu je ok.

Jom layan lagu bidayuh 'Suara Asung' di nyanyikan oleh Romina G.M Grey & Jasmine John dan dengar vocal diorang...memang mantap.

Video: 'Suara Asung' - Romina G.M Grey & Jasmine John



Lirik: 'Suara Asung' Romina - G.M Grey & Jasmine John
sumber: Lirik Lagu Bidayuh

Jasmine John:
Asung ku metang..wang tie mboh marui
Awang ku mendam..pak masih ku nejen
Semangat da teguh ku..lepas masu ku
Maseh adeh kah pilung indei kali lagi

Romina GM:
Kai ku mpuan meng sitie arui neh
Wang jewa pinyeet mu mboh makin pete
Kaii ku nyangka piamuh da timengen
Mboh marui ketang da asung ku

chrs:

Jasmine John:
Samah meng pite'a ujan da rabu'e
Meng sien pimu'as ku dengan amu

Romina GM:
Biar mah...irama merui lagu
Wang simua sien simpan da asung

Jasmine John:
Pak meng anih anten dadug ku
Ira nyampai tangan mu sien
Ngin aku da ati'e
Mbuh biragen pinyeet mu

Romina GM:
Beken seingaja aku bidenge
Pak jera awang ku tie mendam
Ira pingiri'an minan pinyeet amu
Da anyap ganti nuh

***
Romina GM & Jasmine John
Asih boh aku da batuh mu
Samah meng kayuh da batan..anyap guna neh
Tetap ku tinarus..pimudip ku
Aku unjuh dengan keadaan
[Continue reading...]

Tuesday, October 1

- 0 comments

CNIC band bukan nama asing lagi dalam industri muzik Sarawak terutamanya Bidayuh Muzik. Setelah debut single pertama mereka iaitu "Meyak" mendapat sambutan; CNIC band muncul lagi dengan single ke-2 "Hingga Ke Akhir Waktu" didalam bahasa melayu.

Official music video untuk lagu Hingga Ke Akhir Waktu dah pun berada di channel rasmi band CNIC; so bagi korang yang belum tahu lagi...jom layan..hasil dari band kami di Sarawak.

Video: Hingga Ke Akhir Waktu - CNIC



Lirik: Hingga Ke Akhir Waktu - CNIC

Mungkinkah kau yang bermain
Di dalam fikiran ini
Di dalam mimpi dan nyataku
Setiap hembusan nafasku ini
Hanya engkau menjadi bayanganku

Sekian lama ku sedari
Engkau yang ada di hati ini
Takkan ku tinggalkan kamu
Jauh dari sisi aku
Ku kan sentiasa melindungmu

CHORUS
Ku kan slalu di sisimu
Ku mohon agar kau pun begitu
Puteriku, ku hanya cintamu
Takkan ku lepaskan kau dari hidupku
Hingga ke akhir waktu

Setiap kali kita bertemu
Detak jantungku berdegup laju
Jelingan mata mempersonakan diri ini
Membuatku memikir kamu tak jemu-jemu
Senyuman manis bibirmu tiada banding bagiku
Melahir rasa cinta dalam jiwaku ini
Mengekalkan seri cinta hingga ke akhir waktu

CHORUS
Ku kan slalu di sisimu
Ku mohon agar kau pun begitu
Puteriku, ku hanya cintamu
Takkan ku lepaskan kau dari hidupku
Hingga ke akhir waktu

CHORUS
Ku kan slalu di sisimu
Ku mohon agar kau pun begitu
Puteriku, ku hanya cintamu
Takkan ku lepaskan kau dari hidupku
Hingga ke akhir waktu
HIngga ke akhir waktu
[Continue reading...]

Monday, January 7

- 0 comments
CNIC - Meyak (Malu)
Official Muzik Video dari CNIC - Meyak (Malu).

[Continue reading...]

- 0 comments
CNIC band "Bidayuh Independent Band"
CNIC band adalah sebuah band "Bidayuh Independent Band" dari Serian, Sarawak. Di mana band indi ditubuhkan pada tahun 2009 pada mula nya nama band tersebut benama "Hitam Putih" band.

[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy