Saturday, March 28

Dapatkan Single Tenggie Ku' Dari Carrie Geres

Single Tenggie Ku' - Carrie Geres

Carrie Geres merupakan seorang artis bidayuh yang tidak asing lagi dalam persada muzik dayak di Sarawak kini tampil dengan single beliau yang di beri nama 'Tenngie Ku'. Single Tenngie Ku' kini boleh didapati di laman store online sperti iTunes dan Amazon.

Dengan single Tenggie Ku ', Carrie Geres lari dari genre biasa muzik Bidayuh (iaitu joget, slow rock, balada, dangdut).  Dengan menengahkan genre segar, single Tenggie Ku' lebih ke arah Pop/ R&B vibe, bagi memulakan perubahan positif dalam industri muzik Bidayuh, meningkatkan piawaian serta peredaran muzik masa kini.

Jika anda dengar dengan teliti lagu Tenggie Ku' , Carrie Geres mendendangkan lagu itu dengan sempurna dan seakan versi Rihanna Sarawak. Apa kata anda dengar dan lihat official video untuk lagu Tenggie Ku' dipaparkan disini dan apa komen anda mengenai single baru Carrie Geres ini.


Ingin lirik lagu Tenggie Ku' - Carrie Geres; apa kata anda pergi ke laman ini: >> Lirik Lagu Bidayuh: Tenggie Ku - Carrie Geres

Kenali Carrie Geres


Carrie Geres dilahirkan pada Disember 1993 dan merupakan adik kepada Claudia Geres. Mula menonjolkan diri di persada muzik di mana beliau telah menyumbangkan suara bersama Hevance, Ezra dan Mezzavoce melalui lagu Aku Nemu, Asung Ku, Janji Senang.

Selain itu, Carrie Geres pernah mengeluarkan single 'Confusion', hasil kerjasama beliua dan Galvin Patrick dan mendapat sambutan hangat apabila lagu 'Confusion' beliau tersenarai dalam carta Hitz FM.

Dalam tahun 2015, dengan dedikasi serta nekad Carrie Geres untuk meningkatkan standard dalam industri muzik tempatan terutamanya lagu bidayuh. Dengan menghasilkan segar dan baru yang tidak pernah didengar dalam muzik Bidayuh maka beliau kembali dengan single Tenggie Ku.

Mengenai Lagu Tenggie Ku


Single Tenggie Ku adalah hasil tangan Lester Geres, dan direkodkan & dihasilkan oleh Bernie Joel Geres.

Cerita disebalik lagu Tenggie Ku - berkaitan dengan hati seorang gadis  yang dilukai oleh teman lelakinya yang sentiasa membohongi beliau serta kaki perempuan. Si gadis mengambil keputusan meninggalkan teman lelaki beliau dan pergi untuk selama-lamanya.

Untuk mengetahui perkembangan terkini Carrie Geres, anda boleh lawati beliau di laman rasmi seperti (klik link di sediakan untuk melawat laman rasmi beliau) :

01. Twitter: @CarrieDarkqueen
02. Facebook Pages: Carrie Geres
03. YouTube: CarrieGeresOfficial
04. Website: CarrieGeresOfficial

Bagi yang berminat untuk mendapatkan single Tenggie Ku - Carrie Geres, anda boleh dapatkan secara belian online dengan sah melalui link yang disediakan.

01. iTunes: Tenggie Ku - Carrie Geres
02. Amazon:  Tenggie Ku - Carrie Geres

P/S:  Single Tenggie Ku' - Carrie Geres merupakan lagu bidayuh yang terbaik untuk tahun 2015; dengan gabungan lirik, muzik serta video yang trampil dengan standard tinggi, kita doakan kejayaan Carrie Geres untuk mempertabatkan muzik dayak dan lagu bidayuh.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy