Tuesday, May 28

AJARR 6: Urai - Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu

Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Urai


Urai yang juga dikenali dengan nama jolokan ‘Mama Rock’ merupakan seorang artis yang sudah tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan. Beliau tampil dengan beberapa buah album yang telah membantu menaikkan nama beliau dalam persada seni. AJARR juga antara podium yang turut melonjakkan nama beliau.

Antara album yang pernah menghiasi dunia hiburan tanah air termasuklah Batu Api, Enda Betah Nuan, Happy Malam Minggu, Terumpang Pelepa Pengerindu, album Kompilasi Lagu Hits Iban LUH dan juga album Ati Kami Indu, keluaran Eastern StarDom Records (ESDR). Beliau juga pernah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJARR 2011.

AJARR 6 menyaksikan Urai meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu beliau, Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu,’ lirik hasil nukilan Larry Silas dan muzik oleh beliau sendiri. Lagu ini merupakan petikan daripada album Ati Kami Indu yang diterbitkan oleh ESDR.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>URAI hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu - Urai (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy