Showing posts with label Urai. Show all posts
Showing posts with label Urai. Show all posts

Friday, August 8

- 0 comments
Album Protagonist 'The Crew' Band - Iban Modern Rock Band

Debut album dari Iban Modern Rock band kita 'The Crew' akan dijangka berada dipasaran pada bulan ini; Ogos 2014.  Seperti dipaparkan di laman YouTube The Crew; album mereka tersebut bertajuk 'Protagonist' adalah hasil kerjasama bersama Allen TInggi Trading Sdn Bhd iaitu penerbit drama iban 'IBAN TAIKO' untuk MTV video klip mereka.

Album Protagonist 'The Crew' band memuatkan enam (6) tracks lagu, dan kesemua lagu mereka merupakan lagu iban. Bonus tracks lagu hit mereka 'Nadai Agi'  juga diselitakan, di samping itu satu track lagu duet bersama penyanyi iban wanita kita 'mama rock' iaitu Urai 'Cerita Tua' menjadi taruhan untuk album ini.

Album Protagonist 'The Crew' Band track-list:

01. Semina Nuan
02. Nadai Agi (bonus track)
03. Teguh
04. Sada Atiku
05. Cerita Tua ft. Urai
06. Pegi

PROMO NEW ALBUM IBAN MODERN ROCK 2014 - THE CREW



Terbitan: PROJAM MUSIC STUDIO
Keluaran dan Edaran: Allen TInggi Trading Sdn Bhd

Pesanan The Crew band mengenai album Protagonist:

"Anang meli ka celak tiru! beli mih ka original tanda sukong kitak enggau pejalai muzik kami. Terima kasih ngautabi basa ngagai semua penyokong enggau peminat ke seruran nyukong The Crew !

Belilah yang original, banteras cetak rompak ! Pembelian anda menunjukkan sokongan anda kepada perjuangan muzik kami. Terima Kasih kepada semua supporter dan peminat. Rock On!"

p/s: Kalau korang nak rock bersama The Crew band, apa kata korang dapatkan +album 'Protagonist 'The Crew' Band'+ kerana setiap lagu didalam album tersebut adalah hasil terbaik dari The Crew band itu sendiri. Dapatkan album Album Protagonist 'The Crew' Band dan pastikan yang ORIGINAL.
[Continue reading...]

Tuesday, May 28

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Urai


Urai yang juga dikenali dengan nama jolokan ‘Mama Rock’ merupakan seorang artis yang sudah tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan. Beliau tampil dengan beberapa buah album yang telah membantu menaikkan nama beliau dalam persada seni. AJARR juga antara podium yang turut melonjakkan nama beliau.

Antara album yang pernah menghiasi dunia hiburan tanah air termasuklah Batu Api, Enda Betah Nuan, Happy Malam Minggu, Terumpang Pelepa Pengerindu, album Kompilasi Lagu Hits Iban LUH dan juga album Ati Kami Indu, keluaran Eastern StarDom Records (ESDR). Beliau juga pernah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJARR 2011.

AJARR 6 menyaksikan Urai meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu beliau, ‘Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu,’ lirik hasil nukilan Larry Silas dan muzik oleh beliau sendiri. Lagu ini merupakan petikan daripada album Ati Kami Indu yang diterbitkan oleh ESDR.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>URAI hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu - Urai (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy