Showing posts with label AJJAR 6. Show all posts
Showing posts with label AJJAR 6. Show all posts

Saturday, June 29

- 0 comments

Anugerah Juara Rentak Ruai 6 "Pengerindu Dalam Muzik".
Sumber: Ephrem Miche


[Continue reading...]

Tuesday, May 28

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Urai


Urai yang juga dikenali dengan nama jolokan ‘Mama Rock’ merupakan seorang artis yang sudah tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan. Beliau tampil dengan beberapa buah album yang telah membantu menaikkan nama beliau dalam persada seni. AJARR juga antara podium yang turut melonjakkan nama beliau.

Antara album yang pernah menghiasi dunia hiburan tanah air termasuklah Batu Api, Enda Betah Nuan, Happy Malam Minggu, Terumpang Pelepa Pengerindu, album Kompilasi Lagu Hits Iban LUH dan juga album Ati Kami Indu, keluaran Eastern StarDom Records (ESDR). Beliau juga pernah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJARR 2011.

AJARR 6 menyaksikan Urai meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu beliau, ‘Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu,’ lirik hasil nukilan Larry Silas dan muzik oleh beliau sendiri. Lagu ini merupakan petikan daripada album Ati Kami Indu yang diterbitkan oleh ESDR.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>URAI hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu - Urai (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Louis Benet


Artis dibawah naungan syarikat rakaman Syt Irama di Sibu ini telah menghasilkan dua buah album. Antara album beliau adalah Kompilasi bersama Sri Aman Group, dan juga sebuah album yang turut memuatkan lagu hits beliau, Tua Sama Enggai Beserara. Mempunyai kegemaran iaitu memancing, bersukan dan menyanyi, dimana AJARR 6 adalah medium pertaruhan pertama beliau dalam dunia muzik.

Lagu berentak catchy beliau, Tua Sama Enggai Beserara merupakan hasil ciptaan beliau sendiri.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>LOUIS hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Tua Sama Enggai Beserara - Louis Benet (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Lyssa


Berasal daripada Bintulu, finalis yang mempertaruhkan single beliau Cerita Pengerindu Tua, Lyssa mendedahkan beliau banyak mendapat dorongan dan sokongan daripada kedua orang tua. Ibu beliau merupakan seorang artis veteran tanah air dan bapa beliau merupakan pemuzik dan pernah menyertai Band Recovery sekitar tahun 1980-an.

Meminati bidang seni sejak berusia 4 tahun, dan pertama sekali menyertai pertandingan nyanyian ketika usia mencecah 10 tahun. Ketika usia remaja beliau pernah mengikuti pelbagai pertandingan nyanyian termasuklah versi akustik.

Tanggal November 2011, beliau mendapat undangan daripada Daniel Ading untuk merakamkan single dalam Bahasa Melayu, Kisah Cinta Kita. Perjalanan dalam seni suara tidak bernoktah begitu sahaja. Setahun berikutnya, Lyssa merakamkan lagu tersebut dalam versi Bahasa Iban, yang lantas melonjakkan nama beliau dengan judul Cherita Pengerindu Tua. Beliau juga merupakan bekas ahli band Majestica, dan sekarang masih lagi menuntut di sebuah institusi di Damansara Damai.

Bagaimana nasib Cherita Pengerindu Tua? Sama-sama kita nantikan kemunculan Lyssa pada malam kemuncak AJARR 6.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>LYSSA hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Cherita Pengerindu Tua - Lyssa (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Donny Lang


Donny Lang antara artis bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan di Sarawak. Meskipun begitu fresh dalam persada seni, nama beliau kian dikenali dan mempunyai peminat tersendiri. Anak muda yang berasal daripada Kapit  ini juga merupakan seorang mahasiswa dalam jurusan Bachelor of Printing Technology/Graphic.

Anak ke-5 daripada 6 orang adik-beradik ini, mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang warga pendidik ataupun pensyarah.

Album beliau, Ai Mataku (Beraie), terbitan OCH Sound Production mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menyajikan kepelbagaian genre. Untuk AJARR 6, beliau mempertaruhkan lagu hasil nukilan dan ciptaan beliau sendiri, Enggai Ditimbal Beserara.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>DONNY hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Enggai Ditimbal Beserara - Donny Lang (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Hevance


Merupakan sebuah kumpulan datangnya daripada Bintulu. Hevance telah mula berjinak dalam dunia hiburan sejak dari tahun 2001, yang mana merupakan gabungan pemusik yang pada waktu itu merupakan penuntut sekolah St Thomas Bintulu.

Perjalanan dalam dunia seni tanah air bukanlah seindah irama lagu. Banyak pancaroba dan dugaan yang mendatang. Namun semuanya ditepis dengan semangat membara berkumpulan.

Tahun 2003 dan 2005 merupakan tahun bertuah kerana Hevance Berjaya mendapat anugerah ‘The Lord of The Band’ LOTB and Rexona Banquet, lantas membuatkan nama mereka semakin dikenali. Apatah lagi, Hevance merangkul gelaran Juara AJARR 5, di Sibu setahun yang lalu.

Bagaimana pula dengan judian mereka terhadap lagu hasil sentuhan Aldrich, Bajik, terbitan Seventh Tribe Studio? Sama-sama kita nantikan kemunculan Aldrich (vokalis dan pemain gitar), Lucas (bass), Gideon (dram), Joners (gitar 2) dan Nathaniel (keyboard), pada malam AJARR 6.

Teruskan undian anda. Sila taip AJ<jarak>HEVANCE hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Bajik - Hevance (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Stevenson


Artis yang cukup popular tampil dengan vokal yang mantap. Genre balada rock, slow rock, merupakan pilihan musik yang sering menjadikan lagu-lagu beliau diminati ramai. Antara lagu-lagu yang pernah dipertaruhkan untuk AJARR sebelum ini adalah seperti Selendang Biru dan juga Telih Ati Bedarah Di Mata. Untuk AJARR 6, Stevenson akan mempersembahan lagu beliau Telih Ati Dipangka Janji.

Bergiat aktif dalam bidang seni suara sejak tahun 1997 dan nama beliau kian dikenali. Pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik AJARR 2005 (Selendang Biru) dan juga Anugerah Lagu Popular AJARR 2010 (Telih Di Ati Bedarah Di Mata).

Masih lagi bernaung di bawah syarikat rakaman LUH di Sibu, dan telah menghasilkan banyak album sehinggalah album kompilasi Gawai dan juga Kompilasi Artis Tebilang LUH.

Masihkah Stevenson ‘berbisa’, bagaimanakah pertaruhan lagu ciptaan beliau sendiri Telih Ati Dipangka Janji? Kita nantikan bersama pada malam kemuncak AJARR 6!

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>STEVENSON hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Telih Ati Dipangka Janji - Stevenson (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Rannee Pat


Beliau merupakan finalis AJARR 6 tunggal, mewakili etnik Bidayuh Selakau. Meskipun sudah berumahtangga, namun karier sebagai penghibur tiada halangan apatah lagi mendapat sokongan padu daripada suami tersayang.

Ini merupakan pengalaman pertama dan paling berharga buat beliau mengorak lebih jauh langkah dalam dunia hiburan. Menerusi album yang diterbitkan OCH Sound Production, Lagu Aus Pengerindu Ketegal Nuan, melonjakkan nama beliau sekaligus seringkali menerima undangan pentas di serata Sarawak. Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer Oliver Henry Christy.

Berasal daripada Kampung Sedaing, Lundu Rannee juga seorang yang suka membaca, menari, bersukan dan mengembara. Anda mungkin ingin mengenali beliau secara mendalam, pastikan janji temu anda pada malam kemuncak AJARR 6.

Jangan ketinggalan untuk terus mengundi artis pujaan anda.

Sila taip AJ<jarak>RANNEE hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Aus Pengerindu Ketegal Nuan - Rannee Pat (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Pelima Mathew


Artis asahan Spitfire Sound Production ini mempertaruhkan lagu Nuan Nyadika Penawar, untuk malam AJARR 6. Beliau pernah merakamkan album bersama artis James Jacob, sebelum tampil dengan album solo pertama beliau yang dikeluarka pada Jun 2012.

Beliau berasal daripada Kampung Raeh Batu 27, Jalan Kuching Serian dan merupakan seorang pemain gitar band Keling Kenyalang. Bergiat aktif dalam bidang musik dimana beliau telah banyak membantu rakan-rakan artis yang lain, menerusi sumbangan musik mahupun idea susunan musik.

Buat pertama sekalinya berpeluang merakamkan album kompilasi bersama James Jacob Selat dalam tahun 2011. Lagu hasil ciptaan beliau sendiri, Nuan Nyadika Penawar, yang menjadi pertaruhan AJARR 6 merupakan lagu yang dipetik dari album solo beliau yang diterbitkan Spitfire Sound Production.

Bagaimanakah nasib beliau? Nantikan kemunculan Pelima Mathew nanti, dan teruskan undian anda, sila taip AJ<jarak>PELIMA hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Nuan Nyadika Penawar - Pelima Mathew (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Leena Ranez


Pendatang baru dalam dunia muzik tempatan berasal daripada Bandaraya Miri. Lincah dan juga merupakan anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik. Leena Ranez sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam seni nyanyian. Bakat yang beliau miliki semakin diasah tatkala beliau semakin aktif dalam aktiviti-aktiviti kerohanian. Bermula dari peringkat bawahan, dengan penglibatan secara langsung aktiviti muzik gereja, beliau sememangnya berbakat.

Album sulung Pengerindu Bepanga Dua mula diedar di pasaran pada 15 Nov 2012 yang lalu. 11 lagu telah dimuatkan yang juga merupakan hasil sentuhan beliau sendiri dan juga sumbangan idea daripada rakan muzik yang lain.

Untuk AJARR kali ini, Leena akan menyampaikan lagu ciptaan beliau sendiri, Bedarah Di Dalam Ati. Sejauh mana kemampuan Leena, nantikan AJARR ke-6.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>LEENA hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Bedarah Di Dalam Ati - Leena Ranez (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Hailey


Penyanyi berasal dari Sibu ini bukanlah wajah baru yang ditampilkan oleh Cats FM menerusi AJARR. Namun beliau sememangnya telah lama dikenali, dengan keenakkan suara mendendangkan lagu-lagu berentak balada.

Berkhidmat di Bintulu, namun tidak pernah menjadi halangan untuk beliau terus aktif dalam dunia seni muzik tempatan. Penyanyi hasil asahan Panggau Buluh Pengerindu (PBP) Sibu, telah menerbitkan dua buah album, iaitu Semina Tinggal Janji dan terbaru, Kumang.

Anda pastinya akan berpeluang menyaksikan Hailey menyampaikan lagu Kumang yang telah dipilih sebagai finalis AJARR pada kali ini. Lagu ini merupakan hasil nukilan Harry Usop Umbar/Embat Lala dan muzik oleh Embat Lala.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>HAILEY hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Kumang - Hailey (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Gabriel Fairuz Louis  


Genggam Jariku merupakan lagu yang begitu cepat menarik minat pendengar dengan olahan muzik yang teratur dan moden. Pendekatan berani seperti ini, tanpa diduga telah melonjakkan nama Gabriel sepertimana artis-artis yang lain.

Bernaung dibawah syarikat rakaman Panggau Buluh Pengerindu (PBP), album Genggam Jariku telah berjaya diterbitkan pada tahun 2012. Menerusi single beliau, The Promise sekitar tahun 2009 menjadikan beliau bukanlah orang asing dalam arena hiburan tanah air.

Penyanyi yang berasal daripada Sungai Durin Sibu, kini berkhidmat di negara jiran, Singapura. Bagaimanakah nasib lagu Genggam Jariku pada malam kemuncak AJARR 6. Nantikan kemunculan Gabriel!

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>GABRIEL hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Genggam Jariku - Gabriel Fairuz Louis (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Taju Remaong
  

Taju Remaong, band tempatan yang semakin mencipta nama! Dibarisi 6 pemuda, Ery Lang merupakan vokalis utama band Taju Remaong. Pemain gitar utama adalah Uchak, dan juga Alvin, Well pemain gitar bass, Onie keyboardist dan juga Wilfred pemain dram.

Ditubuhkan pada tahun 2003, dimana Ery Lang menyertai band ini pada tahun 2008.

Album ‘Taju Remaong’, diterbitkan oleh Jelai Music Production, dan dikeluarkan pada tahun 2011. Lagu Enda Sanggup merupakan lagu yang akan menjadi pertaruhan anak-anak muda ini untuk AJARR 6, hasil ciptaan saudara Well sendiri.

Jangan ketinggalan untuk terus mengundi artis pujaan anda.

Sila taip AJ<jarak>TAJU hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video:  Enda Sanggup - Taju Remaong (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

Friday, February 15

- 0 comments
AJARR 6
Anugerah Juara Rentak Ruai  2013 (AJARR) yang ke 6 tidak lama lagi akan datang menampilkan artis-artis iban kita dengan lagu-lagu iban yang mantap; di mana AJARR 6 akan menentukan serta mengiktiraf lagu iban yang terbaik pada musim terbaru ini.

Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6 merupakan anjuran tahunan oleh Cats Fm dan kedatangan musim terbaru AJARR musim ke-6 sentiasa di nantikan peminat-peminat lagu iban.

So kita terpaksa tunggu cause senarai-senarai yang akan menjayakan Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6 belum lagi diketengahkan.
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy