Showing posts with label Cats Fm. Show all posts
Showing posts with label Cats Fm. Show all posts

Sunday, September 22

- 0 comments

Antara single hit's dari album terbaru Masterpiece 2013 "Kumang Seari" sejak beberapa minggu ni;  sering juga berkumandang di corong -corong radio. Kumang Seari merupakan lagu favorite aku dalam banyak-banyak track dalam album diorang.

Memang layan la dengar vocal si Depha Masterpiece tu, power gitu bro...Rock n Roll...hehe...lirik lagu Kumang Seari pun memang bole tahan memang patut la lagu Masterpiece tu tercalon dalam Carta Lagu Tebilang CATS, Radio Cats FM.

So korang tolong vote lagu di Carta Lagu Tebilang CATS, dengan mengundi: Taip LTC<jarak>Nama korang<jarak>nama Lagu dan hantarkan ke 33080. Dan untuk update Carta Lagu Tebilang CATS dengar di radio setiap SABTU jam 2pm hingga 5pm.

Video lyrics: Kumang Seari - Masterpiece



Lirik:  Kumang Seari - Masterpiece
***sumber: Lirik Lagu Iban.

Demalam ku bemimpi
Begulai enggau bala temuai
Niki ke rumah panjai
Berami besai

Tekenyit ku meda nuan
Tak ngena ngepan iban
Duduk ba tawak besai
Enggau laki bukai

Singin ati aku ka mai nuan pulai
Tang nuan majak nyebut selamat datai
Nuan sulu baka ke enda ngelala aku
Ati ku sinu digaga nuan bakatu

Buya ku nesal ati
Maia ku dani pagi
Ngenang ke mimpi
Meda nuan belaki

Tang aku sigi nyima
Utai tu amat nyadi
Nyaut kangau nuan madah kediri
Udah belaki

Kempang nuan mutus ke tali
Semaia tua
Ka sekunsi reta enggau nyawa

Tang meh aku ulih ngeransi
Nuan asi
Nya peneka ati nuan
Oh Kumang Seari

Taja enda ngempu nuan
Pengingat nyadi ke palan
Alai aku ngenang nuan
Oh intan

Idup tua enda sekunsi
Engka petara enda nyagi
Tang di sebayan nuan sigi
Ku ambi

tag: Masterpiece,Depha Masterpiece,Kumang Seari
[Continue reading...]

Tuesday, July 30

- 0 comments

Leez Zwita merupakan antara artis iban baru yang kini meningkat naik di pesada Dayak Music ketika ini dan benaung dibawah OCH Sound Production (OCHSP). Lagu hits dalam album tersebut ialah "Nuan Bujang" dan "Berumah Ba Ati Urang" yang sentiasa berkumandang kat corong radio kita kat Sarawak.

Salah salah lagu Leez Zwita dari album Nuan Bujang, iaitu "Berumah Ba Ati Urang" dah terpacak kat Carta Terbilang Cats, so vote untuk beliau agar sentiasa kekal kat carta tu.

Apa Kata OCHSP:
Album Leez Zwita-Nuan Bujang keluaran dan edaran OCHSP 2013. Pastikan ori baru beli tanda sokongan kepada OCHSP dan industri muzik Iban.

Antara track-list dalam album "Nuan Bujang" Leez Zwita:
01. Nuan Bujang
02. Pengerindu Amau Dipuchuk Tuga
03. Bajik Tuai
04. Pulai Ke Penyayau Nuan
05. Enda Nesal
06. Bela Geram - duet Rhymuse Bilong
07. Berumah Ba Ati Urang
08. Ukai Selatan Begulai

Jangan lupa ok, beli yang ORIGINAL coz Industri Musik Iban memerlukan sokongan anda untuk mencapai ke tahap yang sama dengan industri musik yang lain.

Video: Promo: Leez Zwita Album Nuan Bujang 2013 OCHSP

[Continue reading...]

Saturday, June 29

- 0 comments
"In Love With You"...aku jatuh cinta dengan lagu ni; 1st time aku dengar kat corong radio Cats Fm tapi tak tau sapa yang bawak. Last-last aku google ni yang aku dapat (In Love With You - Noh Salleh featuring Aizat), patut la aku dengar ada suara si Noh Hujan. Rasa macam rentak oldies lagu "In Love With You" ni.


Duet yang amat terbaik dari Noh Salleh dan Aizat Amdan; lagu In Love With You dah bertapak kat Cats Fm carta Cats Top 30 di kedudukan tangga ke-3 (30.06.13).

Sumber: Hotfm & Noh Salleh:
Muzik video single terbaru "IN LOVE WITH YOU" nyayian NOH SALLEH & AIZAT AMDAN ini dilancarkan serentak di YouTube, Portal dan Radio pada 6 Jun 2013. Single ini adalah projek solo Noh Salleh. Noh telah memilih Aizat sebagai rakan duetnya
 So korang bole la layan official music video "In Love With You".

VIDEO:  In Love With You - Noh Salleh & Aizat Amdan



LIRIK: In Love With You - Noh Salleh & Aizat Amdan

Aaa..ku lebih tampan dari dia
Aaa..ku lebih segak dari dia
Kau inspirasi ku oh wanita
Ku akan pastikan kau bahagia

Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you

Aaa..pa pun -- yang ku berikan
Aaa..patah lagi intan berlian
Kecantikanmu membakar segala
Membara kita sampai ke syurga

Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you
I'm so in love with you
Ku amat mencintaimu
Uuu...

Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you
I'm so in love with you
Ku amat mencintaimu
Uuu...

I'm so in love with you
I'm so in love with you
I'm so in love with you
I'm so in love with you
[Continue reading...]

Tuesday, May 28

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Urai


Urai yang juga dikenali dengan nama jolokan ‘Mama Rock’ merupakan seorang artis yang sudah tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan. Beliau tampil dengan beberapa buah album yang telah membantu menaikkan nama beliau dalam persada seni. AJARR juga antara podium yang turut melonjakkan nama beliau.

Antara album yang pernah menghiasi dunia hiburan tanah air termasuklah Batu Api, Enda Betah Nuan, Happy Malam Minggu, Terumpang Pelepa Pengerindu, album Kompilasi Lagu Hits Iban LUH dan juga album Ati Kami Indu, keluaran Eastern StarDom Records (ESDR). Beliau juga pernah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJARR 2011.

AJARR 6 menyaksikan Urai meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu beliau, Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu,’ lirik hasil nukilan Larry Silas dan muzik oleh beliau sendiri. Lagu ini merupakan petikan daripada album Ati Kami Indu yang diterbitkan oleh ESDR.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>URAI hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Ngarapka Bisi Tedai Pengerindu - Urai (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Louis Benet


Artis dibawah naungan syarikat rakaman Syt Irama di Sibu ini telah menghasilkan dua buah album. Antara album beliau adalah Kompilasi bersama Sri Aman Group, dan juga sebuah album yang turut memuatkan lagu hits beliau, Tua Sama Enggai Beserara. Mempunyai kegemaran iaitu memancing, bersukan dan menyanyi, dimana AJARR 6 adalah medium pertaruhan pertama beliau dalam dunia muzik.

Lagu berentak catchy beliau, Tua Sama Enggai Beserara merupakan hasil ciptaan beliau sendiri.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>LOUIS hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Tua Sama Enggai Beserara - Louis Benet (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Lyssa


Berasal daripada Bintulu, finalis yang mempertaruhkan single beliau Cerita Pengerindu Tua, Lyssa mendedahkan beliau banyak mendapat dorongan dan sokongan daripada kedua orang tua. Ibu beliau merupakan seorang artis veteran tanah air dan bapa beliau merupakan pemuzik dan pernah menyertai Band Recovery sekitar tahun 1980-an.

Meminati bidang seni sejak berusia 4 tahun, dan pertama sekali menyertai pertandingan nyanyian ketika usia mencecah 10 tahun. Ketika usia remaja beliau pernah mengikuti pelbagai pertandingan nyanyian termasuklah versi akustik.

Tanggal November 2011, beliau mendapat undangan daripada Daniel Ading untuk merakamkan single dalam Bahasa Melayu, Kisah Cinta Kita. Perjalanan dalam seni suara tidak bernoktah begitu sahaja. Setahun berikutnya, Lyssa merakamkan lagu tersebut dalam versi Bahasa Iban, yang lantas melonjakkan nama beliau dengan judul Cherita Pengerindu Tua. Beliau juga merupakan bekas ahli band Majestica, dan sekarang masih lagi menuntut di sebuah institusi di Damansara Damai.

Bagaimana nasib Cherita Pengerindu Tua? Sama-sama kita nantikan kemunculan Lyssa pada malam kemuncak AJARR 6.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>LYSSA hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Cherita Pengerindu Tua - Lyssa (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Donny Lang


Donny Lang antara artis bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan di Sarawak. Meskipun begitu fresh dalam persada seni, nama beliau kian dikenali dan mempunyai peminat tersendiri. Anak muda yang berasal daripada Kapit  ini juga merupakan seorang mahasiswa dalam jurusan Bachelor of Printing Technology/Graphic.

Anak ke-5 daripada 6 orang adik-beradik ini, mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang warga pendidik ataupun pensyarah.

Album beliau, Ai Mataku (Beraie), terbitan OCH Sound Production mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menyajikan kepelbagaian genre. Untuk AJARR 6, beliau mempertaruhkan lagu hasil nukilan dan ciptaan beliau sendiri, Enggai Ditimbal Beserara.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>DONNY hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Enggai Ditimbal Beserara - Donny Lang (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Hevance


Merupakan sebuah kumpulan datangnya daripada Bintulu. Hevance telah mula berjinak dalam dunia hiburan sejak dari tahun 2001, yang mana merupakan gabungan pemusik yang pada waktu itu merupakan penuntut sekolah St Thomas Bintulu.

Perjalanan dalam dunia seni tanah air bukanlah seindah irama lagu. Banyak pancaroba dan dugaan yang mendatang. Namun semuanya ditepis dengan semangat membara berkumpulan.

Tahun 2003 dan 2005 merupakan tahun bertuah kerana Hevance Berjaya mendapat anugerah ‘The Lord of The Band’ LOTB and Rexona Banquet, lantas membuatkan nama mereka semakin dikenali. Apatah lagi, Hevance merangkul gelaran Juara AJARR 5, di Sibu setahun yang lalu.

Bagaimana pula dengan judian mereka terhadap lagu hasil sentuhan Aldrich, Bajik, terbitan Seventh Tribe Studio? Sama-sama kita nantikan kemunculan Aldrich (vokalis dan pemain gitar), Lucas (bass), Gideon (dram), Joners (gitar 2) dan Nathaniel (keyboard), pada malam AJARR 6.

Teruskan undian anda. Sila taip AJ<jarak>HEVANCE hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Bajik - Hevance (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Stevenson


Artis yang cukup popular tampil dengan vokal yang mantap. Genre balada rock, slow rock, merupakan pilihan musik yang sering menjadikan lagu-lagu beliau diminati ramai. Antara lagu-lagu yang pernah dipertaruhkan untuk AJARR sebelum ini adalah seperti Selendang Biru dan juga Telih Ati Bedarah Di Mata. Untuk AJARR 6, Stevenson akan mempersembahan lagu beliau Telih Ati Dipangka Janji.

Bergiat aktif dalam bidang seni suara sejak tahun 1997 dan nama beliau kian dikenali. Pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik AJARR 2005 (Selendang Biru) dan juga Anugerah Lagu Popular AJARR 2010 (Telih Di Ati Bedarah Di Mata).

Masih lagi bernaung di bawah syarikat rakaman LUH di Sibu, dan telah menghasilkan banyak album sehinggalah album kompilasi Gawai dan juga Kompilasi Artis Tebilang LUH.

Masihkah Stevenson ‘berbisa’, bagaimanakah pertaruhan lagu ciptaan beliau sendiri Telih Ati Dipangka Janji? Kita nantikan bersama pada malam kemuncak AJARR 6!

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>STEVENSON hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Telih Ati Dipangka Janji - Stevenson (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Rannee Pat


Beliau merupakan finalis AJARR 6 tunggal, mewakili etnik Bidayuh Selakau. Meskipun sudah berumahtangga, namun karier sebagai penghibur tiada halangan apatah lagi mendapat sokongan padu daripada suami tersayang.

Ini merupakan pengalaman pertama dan paling berharga buat beliau mengorak lebih jauh langkah dalam dunia hiburan. Menerusi album yang diterbitkan OCH Sound Production, Lagu Aus Pengerindu Ketegal Nuan, melonjakkan nama beliau sekaligus seringkali menerima undangan pentas di serata Sarawak. Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer Oliver Henry Christy.

Berasal daripada Kampung Sedaing, Lundu Rannee juga seorang yang suka membaca, menari, bersukan dan mengembara. Anda mungkin ingin mengenali beliau secara mendalam, pastikan janji temu anda pada malam kemuncak AJARR 6.

Jangan ketinggalan untuk terus mengundi artis pujaan anda.

Sila taip AJ<jarak>RANNEE hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Aus Pengerindu Ketegal Nuan - Rannee Pat (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Pelima Mathew


Artis asahan Spitfire Sound Production ini mempertaruhkan lagu Nuan Nyadika Penawar, untuk malam AJARR 6. Beliau pernah merakamkan album bersama artis James Jacob, sebelum tampil dengan album solo pertama beliau yang dikeluarka pada Jun 2012.

Beliau berasal daripada Kampung Raeh Batu 27, Jalan Kuching Serian dan merupakan seorang pemain gitar band Keling Kenyalang. Bergiat aktif dalam bidang musik dimana beliau telah banyak membantu rakan-rakan artis yang lain, menerusi sumbangan musik mahupun idea susunan musik.

Buat pertama sekalinya berpeluang merakamkan album kompilasi bersama James Jacob Selat dalam tahun 2011. Lagu hasil ciptaan beliau sendiri, Nuan Nyadika Penawar, yang menjadi pertaruhan AJARR 6 merupakan lagu yang dipetik dari album solo beliau yang diterbitkan Spitfire Sound Production.

Bagaimanakah nasib beliau? Nantikan kemunculan Pelima Mathew nanti, dan teruskan undian anda, sila taip AJ<jarak>PELIMA hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Nuan Nyadika Penawar - Pelima Mathew (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Leena Ranez


Pendatang baru dalam dunia muzik tempatan berasal daripada Bandaraya Miri. Lincah dan juga merupakan anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik. Leena Ranez sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam seni nyanyian. Bakat yang beliau miliki semakin diasah tatkala beliau semakin aktif dalam aktiviti-aktiviti kerohanian. Bermula dari peringkat bawahan, dengan penglibatan secara langsung aktiviti muzik gereja, beliau sememangnya berbakat.

Album sulung Pengerindu Bepanga Dua mula diedar di pasaran pada 15 Nov 2012 yang lalu. 11 lagu telah dimuatkan yang juga merupakan hasil sentuhan beliau sendiri dan juga sumbangan idea daripada rakan muzik yang lain.

Untuk AJARR kali ini, Leena akan menyampaikan lagu ciptaan beliau sendiri, Bedarah Di Dalam Ati. Sejauh mana kemampuan Leena, nantikan AJARR ke-6.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>LEENA hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Bedarah Di Dalam Ati - Leena Ranez (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Hailey


Penyanyi berasal dari Sibu ini bukanlah wajah baru yang ditampilkan oleh Cats FM menerusi AJARR. Namun beliau sememangnya telah lama dikenali, dengan keenakkan suara mendendangkan lagu-lagu berentak balada.

Berkhidmat di Bintulu, namun tidak pernah menjadi halangan untuk beliau terus aktif dalam dunia seni muzik tempatan. Penyanyi hasil asahan Panggau Buluh Pengerindu (PBP) Sibu, telah menerbitkan dua buah album, iaitu Semina Tinggal Janji dan terbaru, Kumang.

Anda pastinya akan berpeluang menyaksikan Hailey menyampaikan lagu Kumang yang telah dipilih sebagai finalis AJARR pada kali ini. Lagu ini merupakan hasil nukilan Harry Usop Umbar/Embat Lala dan muzik oleh Embat Lala.

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>HAILEY hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Kumang - Hailey (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Gabriel Fairuz Louis  


Genggam Jariku merupakan lagu yang begitu cepat menarik minat pendengar dengan olahan muzik yang teratur dan moden. Pendekatan berani seperti ini, tanpa diduga telah melonjakkan nama Gabriel sepertimana artis-artis yang lain.

Bernaung dibawah syarikat rakaman Panggau Buluh Pengerindu (PBP), album Genggam Jariku telah berjaya diterbitkan pada tahun 2012. Menerusi single beliau, The Promise sekitar tahun 2009 menjadikan beliau bukanlah orang asing dalam arena hiburan tanah air.

Penyanyi yang berasal daripada Sungai Durin Sibu, kini berkhidmat di negara jiran, Singapura. Bagaimanakah nasib lagu Genggam Jariku pada malam kemuncak AJARR 6. Nantikan kemunculan Gabriel!

Sila undi finalis anda, taip AJ<jarak>GABRIEL hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video: Genggam Jariku - Gabriel Fairuz Louis (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

- 0 comments
Finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 6: Taju Remaong
  

Taju Remaong, band tempatan yang semakin mencipta nama! Dibarisi 6 pemuda, Ery Lang merupakan vokalis utama band Taju Remaong. Pemain gitar utama adalah Uchak, dan juga Alvin, Well pemain gitar bass, Onie keyboardist dan juga Wilfred pemain dram.

Ditubuhkan pada tahun 2003, dimana Ery Lang menyertai band ini pada tahun 2008.

Album ‘Taju Remaong’, diterbitkan oleh Jelai Music Production, dan dikeluarkan pada tahun 2011. Lagu Enda Sanggup merupakan lagu yang akan menjadi pertaruhan anak-anak muda ini untuk AJARR 6, hasil ciptaan saudara Well sendiri.

Jangan ketinggalan untuk terus mengundi artis pujaan anda.

Sila taip AJ<jarak>TAJU hantarkan ke 33080. Atau undian secara pukal, taipkan AJ5 atau AJ10.

Video:  Enda Sanggup - Taju Remaong (AJARR 6)



sumber info: Cats Fm
[Continue reading...]

Friday, February 15

- 0 comments
"Evergreen Tebilang" merupakan salah satu program carta Cats Fm yang menengahkan kategori lagu iban evergreen yang mantap dan sentiasa menjadi lagu iban tersebut popular sepanjang-zaman. Walaupun Music Dayak kita kian meningkat dengan genre-genre terbaru tapi kita jangan lupa genre-genre lama cause di situlah titik pemulaan lagu iban kita.



Carta Evergreen Tebilang setiap akan ke udara pada setiap hari AHAD jam 2.30pm hingga 3.30pm di Cats Fm, so buat pengemar lagu evergreen iban tebilang nantikan program tersebut.

So macam mana nak mengundi lagu iban Evergreen Tebilang yang anda minati, jom ikut langkah-langkah seperti berikut:

Semua UNDI ungkup penyanyi patut dianjung nuju KLIK, anjung ke 33080

Cara undian: Taip KLIK<jarak>nama Nuan<jarak>nama Penyanyi dan hantarkan ke 33080

Di antara lagu-lagu yang tersenarai untuk Carta Evergreen Tebilang (Cats Fm):

01. Enchungki Enggai Ke Puniek - Jennarino Jeraki GPRS
02. Pengingat Tua - Andrewson Ngalai ANP
03. Mina Bepangan - Johnny Aman TBC
04. Beri Berita Nuan - Jonathan Jangan HRS
05. Sapa Agi Enti Ukai Nuan - Nelson Nehru LSB
06. Lapa Nuan Berubah - Swaylin Irama
07. Anang Nyalah Aku  - Cecelia Rositee TBC
08. Tetap Ke Ati Nuan Dara - Christopher Kelly KHS
09. Ambai Ti Dulu - Josephine Jalin TBC
10. Tusah Nyadi Menantu - Linda LUH

Banyak lagi lagu-lagu iban yang akan diketengahkan di Evergreen Tebilang yang kan memenuhi carta ini; so support la music dayak kita walaupun berbeda genre.
[Continue reading...]

Saturday, January 5

- 0 comments
Cats Xposed | Cats Fm

Cats Xposed merupakan salah satu program yang menampilkan band-band tempatan terutamanya kat Sarawak ni untuk di "Xposed" di Cats Fm (Dj Irin). Kalo bro-bro kat luar tu masih lagi underground jom ketengahkan band-band indie korang kat Cats Xposed tak kira apa genre.

[Continue reading...]

- 0 comments
Anything Could Happen - Ellie Goulding
"Anything Could Happen" merupakan single track Ellie Goulding dalam album "Halcyon" yang bergenre electro indie dan masih di kedudukan ke-29 di Carta CATS Top 30; Cats fm. So apa lagi jom layann...

[Continue reading...]

- 0 comments
Terima Kasih - iamNeeta
Single ke-2 iamNeeta "Terima Kasih" lagu dan lirik dicipta band ahli band ni; Patrick selaku gitaris iamNeeta dan masih tersenarai dalam Carta CATS Top 30, Cats Fm. Buat-buat remaja di luar sana jom layann....

[Continue reading...]

- 0 comments
FIFA ik4 - I Miss U Much 
Sharifah Nurhafila Wan Aziz atau lebih dikenali sebagai Fifa merupakan juara Konsert Akhir Idola Kecil 4 ( IK4 ) berumur 13 tahun; single pertama Fifa “I Miss You Much” dalam album kompilasi "Lagu-lagu Inspirasi Supertots". “I Miss You Much” merupakan ciptaan dan lirik oleh komposer Adnan Abu Hassan.

Untuk buat kali pertamanya lagu I Miss U Much di nyanyikan Fifa dah di masukkan kat Carta CATS Top 30.

[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy