Showing posts with label Hallvard Band. Show all posts
Showing posts with label Hallvard Band. Show all posts

Saturday, December 12

- 0 comments
Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1

Album kompilasi Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol.1; akan datang menjengah kita tidak lama lagi.

Dengan nama-nama besar seperti Depha Masterpiece (Depha Music Empire) dan Majestic Media Production merupakan belakang utama bagi menjayakan projek album Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol.1.

Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1 ini akan membabitkan sepuluh (10) indie band tempatan kita (Sarawak).

Band-band tersebut adalah Arthur band, Andra band, Covalent band, Dizzy Grace band, Emperor band, Gagung Kirai band, Hallvard band,ROCKSCHOOL band, SULLIVAN band dan Senaya Pegari band.

Buat pengetahuan anda semua; di antara lagu-lagu yang akan menjadi tracklist untuk album Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1 ini belum di pastikan lagi.

Bagi yang belum tahu lagu-lagu indie band kita ini, aku sediakan sekali tracklist yang akan berkemungkinan menjadi tracklist album Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1.

01. Pegi & Suah Ngenang - Arthur band
02. Sunyi - Andra band
03. Sampi Aku - Covalent band
04. Bintang - Dizzy Grace band
05. Tinggal Ke Iya & Nuan Idup Matiku - Emperor band
06. Sepiak Nuan Ukai Aku - Gagung Kirai
07. Saritu Enggau Pagila - Hallvard band
08. Ambai Di Ambi Pulai & Taja Ukai Aku (T.U.A) - Rockshool
09. Bakani, Ketegal Nuan & Simpan Meh - SULLIVAN
10. Penanggul Tua - Senaya Pegari

Untuk memperjelaskan telinga korang; jom kita layan lagu-lagu dari indie band tadi, yang berkemungkinan menjadi tracklist utama untuk album Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1 akan datang.

Playlist: Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1

***klik play-all untuk mendengarnya.



Mari kita dengar apa kata Depha Masterpiece mengenai projek Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1 dari Facebook pages beliau.

"Berita manah.

Nyadi tu ya gambar 10 iti band ya ke bisi enggau dalam album kompilasi Akademi Rock Kenyalang (ARK) volume 1.

Asai ku album tu keterubah ya ba menua kitai ngumpul raban indie kitai ba Sarawak dalam siti album. Salah siti objektif mansut ke album tu ianya meri peluang nuju raban indie ba Sarawak ngembuan produk diri empu kelimpah ari siti Akademi menua kitai mantai ke bakat sida dalam musik dalam skop ya ke lebih meluas agi.

Laban pemuas berati, mayuh raban indie ba menua kitai bisi lagu2 ke manah & berkualiti tang nadai endur sida ia bepanggai & ku nyedia ke siti platform nulung promote semua raban indie ba menua kitai enggau chara menggabung ke sida ba siti album ti diterbit ke Depha Music Empire & Majestic Media Productions sereta beberapa iku agi kaban aku ke nyadi tulang belakang ARK.

Ku arap pengawa tu mujur & terima kasih besai nuju semua ajk ARK ke meri komitmen 100% ngelamatu & tahniah nuju semua 10 iti band ke terpilih tama dalam album kompilasi ARK volume 1 tu.

Terima kasih besai mega nuju semua peminat lagu2 ari raban indie menua kitai.
Diatu kelimpah ari 10 iti raban ke dipilih, Udah bisi beberapa iti raban bukai berminat ka enggau Akademi volume ke 2. & nyema kita bisi produk tauka lagu (Indie band) ya ke berminat & minta review ari akademi kita tau email mp3 lagu kita nuju akademi_rockkenyalang@yahoo.com

Nyema semua ya mujur, album tu pansut antara bulan tu tauka January 2016. Terima kasih. Keep Rocking \m/"

Nantikan kedatangan album Akademi Rock Kenyalang (ARK) Vol. 1 dengan menampilkan band-band tenpatan kita. Di harap terhibur dengan perkongsian kali ini.
[Continue reading...]

Friday, December 5

- 0 comments
Saritu enggau pagila (Official Music Video) Hallvard Band

"Sari tu enggau pagila, Pengerindu tua enda berubah, Atiku enggau ati nuan, Tachang meh ke pengerindu tua"; lirik ini di ambil dari salah satu lagu yang kian mendapat perhatian dari kalangan pendengar-pendengar lagu iban masa kini.

Sebelum ini kita telah mengenali serba sedikit mengenai Hallvard Band dan single mereka 'Saritu Enggau Pagila' , kini aku nak berkongsi lagi mengenai official music video 'Saritu Enggau Pagila' yang kini berada di laman rasmi YouTube Hallvard Band.

Tidak dinafikan video klip untuk Saritu Enggau Pagila dari Hallvard Band menampakkan kematangang dalam pembikinan video. Cerita serta susunan bait-bait lagu saritu enggau pagila di susun dengan rapi serta sesuai dengan taste masa kini. Tahniah untuk Hallvard band dengan kejayaan sulung mereka melaui video lagu Saritu Enggau Pagila.

Bagi yang belum lagi menonton video klip rasmi 'Saritu Enggau Pagila - Hallvard band', ambiklah sedikit kesempatan meninjua serta hayati lagu dan cerita didalam lagu tersebut. Jom layaaann...

Video: Saritu Enggau Pagila - Hallvard band



Bagi yang masih lagi tercari-cari lirik lagu untuk Saritu Enggau Pagila - Hallvard band, mari lawati laman yang aku sediakan untuk mempermudahkan carian korang semua. >>Lirik lagu Saritu Enggau Pagila - Hallvard band.

P/S: Jom layan video klip rasmi Hallvard band dengan lagu mereka 'Saritu Enggau Pagila', aku harap mereka pasarkan mp3 lagu Saritu Enggau Pagila di laman iTunes. Apa lagi sokonglah mereka.
[Continue reading...]

Friday, September 26

- 0 comments
Hallvard Band - Saritu Enggau Pagila

"Sari tu enggau pagila, pengerindu tua enda berubah"...pernah dengar tak rangkap lirik lagu ini? Bagi yang mendengar siaran WaiFM mungkin mendapat sedikit idea siapakah garangan yang membawa lagu ini; mereka yang aku katakan ialah Hallvard band dan single tersebut adalah single pertama band ini yang diberi nama 'Saritu Enggau Pagila'.

Kenali Hallvard Band

Hallvard band merupakan Iban independent band yang mula bertapak pada tahun 2011 di Serian, Sarawak, Asalnya Hallvard band di anggotai tiga orang ahli band dan kini melengkapkan ahli mereka seramai enam orang ahli.

Ahli-ahli Hallvard band tersebut adalah Vanella Michael (vokalis), Vanden Michael (bassist), Roslan (lead), Yazid (drummer), William (rhythm) dan Gerald (lead).

Hallvard band melangkah perjalanan mereke ke pesada seni muzik dengan mencipta single pertama "Saritu Enggau Pagila" yang bermakna Seperti Hari Ini dan Esok. Genre band Hallvard lebih ke arah Balada pop, pop rock dan rock alternatif.

Hallvard Band - Saritu Enggau Pagila menceritakan tentang cinta tidak pernah berakhir. "Saritu enggau Pagila" ertinya hari ini dan esok. Gadis itu cuba untuk meluahkan emosi beliau terhadap cintanya dan mengharapkan cinta mereka akan berkembang hari demi hari. Apa kata kita layan video audio di laman YouTube rasmi mereka yang aku selitkan di laman blog ini dan liriknya sekali.

Video:  Hallvard Band - Saritu Enggau Pagila



Lirik Lagu: Hallvard Band - Saritu Enggau Pagila

[*]
Udah lama tua bekelala
Begulai sama enggau pangan diri
Genggam jariku simpan ba ati nuan
Padah meh penyayau nuan ke aku

Ulang [*]

[**]
sari tu enggau pagila
Pengerindu tua enda berubah
Atiku enggau ati nuan
Tachang meh ke pengerindu tua

Ninting ari ku sayau ke nuan
Kemayang mua nuan selalu dimataku
Kadang tua jauh lelengau belama
Arap meh nuan ingat ke aku selalu

Ulang [**][**]

saritu enggau pagila
saritu enggau pagila 

Info: Bagi yang ingin melawati raman rasmi FB pages serta YouTube utnuk mengetahui apakah perkembangan serta aktiviti-aktiviti Hallvard Band sila lah klik link yang aku sertakan untuk terus ke laman mereka.

p/s: Wow...memang terbaikan? Itulah local band kita Sarawak yang kian meluaskan empayar mereka dalam persada muzik Dayak/ Iban Industri. Tahniah untuk +Hallvard band yang memperdengarkan single pertama iaitu 'Saritu Enggau Pagila'+
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Seruran Pemerindang -
Powered by Namecheap · BTDesig · Privacy Policy